Archives

0

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H / 2012

Unknown Rabu, 29 Februari 2012

image

SAMBUTAN Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Taman Cendana akan diadakan pada 4hb Mac 2012 bersamaan 11 Rabiulakhir 1433H di Masjid Taman Cendana.Sambutan akan dimulakan dengan acara perarakan yang direncana bermula seawal jam 7.30 pagi dan akan diikuti dengan berzanzi.Ceramah sambutan Maulidur Rasul s.a.w kali ini akan disampaikan oleh Syeikh Yahya bin Ahmad selaku Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Johor.Semua muslimin dan muslimin setempat serta sekitar dijemput hadir bagi meraikan sambutan.

0

LAWATAN KERJA MB KE PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown Isnin, 27 Februari 2012

image

image

TAKLIMAT sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Johor Y.A.B Dato’ Abd Ghani bin Othman ke Parlimen Pasir Gudang pada Isnin 27hb Feb 2012 di Ponderosa Golf.Lawatan Kerja MB ke Pasir Gudang selama 3 hari mulai 25hb Februari hingga 27hb Februari 2012 turut dihadir YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Datuk MM Samy selaku ADUN Permas, YB Tan Cher Puk selaku ADUN Johor Jaya, Exco-exco Kerajaan Negeri Johor, Pegawai-pegawai kerajaan Johor, pemimpin-pemimpin Pasir Gudang dan warga kerja parti komponen Barisan Nasional Pasir Gudang.

0

KONVOI BERMOTORSIKAL SEMPENA LAWATAN MB KE PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown Ahad, 26 Februari 2012

image

KONVOI bermotorsikal untuk sama-sama memeriahkan lawatan Menteri Besar Johor ke Parlimen Pasir Gudang pada Sabtu 25hb Februari 2012.

0

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2012

Unknown Khamis, 23 Februari 2012 ,

image

MAJLIS Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsan 2012 akan diadakan di Padang Awam Taman Seri Lambak Kluang Johor pada Ahad 26hb Februari 2012 jam 11.00 pagi.Jawatankuasa Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Bahru seramai 1o orang yang berada di Taman Cendana akan turut serta menghadiri majlis perasmian tersebut oleh YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.Dalam majlis tersebut juga Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Bahru akan menerima Vest daripada Menteri sebagai tanda skuad tersebut telah dilancarkan bagi menjayakan semua aktiviti dibawah Skuad 1 Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru.

0

PERTANDINGAN MEWARNA (KATEGORI KANAK-KANAK)

Unknown Selasa, 21 Februari 2012

image

PERTANDINGAN mewarna bagi kategori kanak-kanak bawah umur 6 tahun yang diadakan sempena perasmian penutup program Mesra Ilmu Siri Ke 3 pada 19hb Februari 2012.Semua peserta diberikan cenderahari dan hadiah bagi memberi semangat kepada peserta-peserta yang terdiri dari kanak-kanak.

0

SENAM ROBIK MESRA ILMU SIRI KE 3

Unknown

DSC07845

DSC07846

ACARA senamrobik bersama semua peserta, pelajar UKM dan penduduk bagi membuka tirai acara perasmian penutup Program Mesra Ilmu 1 Hati 1 Komuniti Taman Cendana bagi membawa mesej pentingkan penjagaan kesihatan.Program yang dijalankan pada 19hb Februari 2012 melibatkan peserta dari pelajar UPSR, PMR, SPM, pelajar UKM dan penduduk Taman Cendana.

0

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (RM500) KEPADA KAUM INDIA TAMAN CENDANA

Unknown Ahad, 19 Februari 2012

image

MAJLIS yang berlangsung pada 17hb Februari 2012 pada jam 4.00 petang di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang (Blok 43 Taman Cendana) ini mensasarkan kepada kaum India yang terdapat di perumahan rumah pangsa Taman Cendana.Program yang dirasmikan oleh YB Datuk MM Samy selaku Wakil Rakyat ADUN Permas ini turut dihadiri pemimpin setempat dan penduduk kaum lain dipenempatan ini.Ini membuktikan kerelevanan perpaduan diantara semua kaum di penempatan ini amat rapat dan iannya menjadi tunggak pengekalan nilai-nilai murni.

0

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MESRA ILMU SIRI KE 3

image

MAJLIS Perasmian Penutup Program Mesra Ilmu Siri Ke 3 telah dengan jayanya diadakan dalam acara kemuncak program yang berlangsung selama 3 hari mulai 17hb Februari hingga 19hb Februari 2012.Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Noridin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang turut dihadir seramai hampir 1 ribu orang penduduk Taman Cendana dan penduduk sekitar.

0

FORUM DAN KLINIK (HAK WANITA & PSIKOLOGI WANITA) MESRA ILMU 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA

Unknown Sabtu, 18 Februari 2012

DSC07824

DSC07831

FORUM dan Klinik (Hak Wanita dan Psikologi Wanita) telah berlangsung pada Sabtu 12hb Februari 2012 dari jam 5 hingga 7 petang di Dewan Sekolah Rendah Taman Cendana dalam lanjutan program Mesra Ilmu 1 hati 1 Komuniti Taman Cendana.Antara panel yang menjayakan program yang dikhususkan untuk kaum wanita ini adalah Prof Madya Datin Nor Aziah bte Md Awal yang merupakan pensyarah undang-undang UKM berpengalaman selama 26 tahun dan Puan Norhayati bte Ibrahim yang juga pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia.Dalam program ini juga kaum wanita berpeluang berjumpa dengan pakar-pakar yang dibawakan khusus bagi menyelesaikan permasalahan mereka.

0

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR UPSR, PMR & SPM (MESRA ILMU 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA) SESSI 2012

Unknown Jumaat, 17 Februari 2012

DSC07818

PROGRAM yang bermula pada jam 8.30 pagi yang bertempat di Sekolah Rendah Taman Cendana pada Sabtu 18hb Februari 2012 melibatkan seramai 100 orang pelajar UPSR, 100 orang pelajar PMR dan 50 orang pelajar SPM dibimbing oleh Siswa dan Siswi Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 105 orang.Program yang berlangsung selama 3 hari mulai 17hb Februari akan berakhir esok 19hb Februari 2012.Iannya dikhususkan untuk anak penduduk Taman Cendana yang diwartakan sebagai taman angkat kepada UKM yang telah memasuki tahun ke 3 pada tahun ini.

0

SUMBANGAN BUKU PERCUMA PELAJAR PMR DAN SPM

Unknown

DSC07822

SUMBANGAN buku ulangkaji pelajar PMR dan SPM akan diedarkan esok Ahad 19hb Februari 2012 sempena Program Mesra Ilmu 1 Hati 1 Komuniti Taman Cendana.Buku-buku akan mula diedarkan mulai jam 11.00 pagi untuk semua pelajar PMR dan SPM selagi stok masih ada.Sumbangan buku-buku tersebut adalah sumbangan YB Dato’   Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang kepada semua pelajar PMR dan SPM yang berada disekitar Pasir Gudang.Pelajar-pelajar dikehendaki hadir sendiri untuk penerimaan buku tersebut.

0

PROGRAM UKHWAH MESRA ILMU 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA

Unknown

DSC07796

DSC07800

PROGRAM Ukwah yang dijalankan di Masjid Taman Cendana bermula pada 6.45 petang 17hb Februari 2012 bersempena program mesra ilmu siri ke 3.Program yang melibatkan peserta-peserta kelas Tuisyen Komuniti Taman Cendana bersama Siswa dan Siswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

0

PENYERAHAN ANAK ANGKAT PROGRAM MESRA ILMU SIRI KE 3

Unknown

DSC07755

MAJLIS penyerahan anak angkat pelajar UKM kepada keluarga angkat pada 17hb Februari 2012 menandakan bermulanya program Mesra Ilmu 1 hati 1 Komuniti Taman Cendana yang berlangsung selama 3 hari.Seramai 100 orang siswa/siswi UKM akan berkampung dan tinggal bersama keluarga angkat.Penyusunan program yang dirancang rapi akan memberikan input yang amat besar bagi perkembangan pembangunan intelektual komuniti Taman Cendana.

0

PERBINCANGAN BERSAMA PERBADANAN PENGURUSAN BLOK 30 TAMAN CENDANA

Unknown Rabu, 15 Februari 2012

DSC07743

PERBINCANGAN bersama Pegawai Johor Land, Pengerusi Blok 30 dan Setiausaha Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana yang berlangsung selama hampir 1 jam pagi ini Khamis 16hb Februari 2012 bertempat di Blok 30 Taman Cendana banyak merumuskan penyelesaian permasalahan mengurus atau menyelia jawatankuasa mentadbir pengurusan blok.Penekanan untuk membawa masyarakat blok tersebut bergabung dalam menagani permasalahan sehinggalah penekanan pembayaran cukai kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang, cukai tanah dan pembayaran bayaran bil elektrik koridor.

0

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MESRA ILMU 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA

Unknown

image

MAJLIS Perasmian Penutup Program Mesra Ilmu Siri 3 dijadual berlangsung di Dewan Taman Cendana pada Ahad 19hb Februari 2012 pada jam 12.00 tengahari dan akan disempurnakan oleh YB Dat0’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.Program ini anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama dan Jawatankuasa Penduduk Taman Cendana.

0

TAKLIMAT PROGRAM MESRA ILMU 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA

Unknown

DSC07705

TAKLIMAT program Mesra Ilmu Siri 3 pada 15hb Februari 2012 ini bertujuan memberi penerangan lanjut mengenai perjalanan progarm yang akan berlangsung selama 3 hari mulai 17hb hingga 19hb Februari 2012.Penglibatan pemimpin masyarakat dalam taklimat ini memberi input pelaksanaan program yang akan dirasmikan penutup pada Ahad 19hb Februari 2012 oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.

0

PROGRAM MESRA ILMU SIRI 3

Unknown Selasa, 14 Februari 2012

image

PROGRAM Mesra Ilmu Siri ke 3 pada kali ini menampilkan juga program khusus untuk ibu-ibu pelajar dan masyarakat wanita, yang mana Forum dan Klinik (Hak Wanita dan Psikologi Wanita) akan turut mengambil tempat pada Sabtu 18hb Februari 2012.Jam 5.00 petang hingga 6.45 petang.Bertempat di Dewan Sekolah Rendah Taman Cendana.Iannya dibawakan khusus bagi kaum ibu mendapat penerangan lanjut mengenai hak mereka sebagai wanita.Kaum ibu juga boleh berinteraksi terus dengan pakar-pakar yang dibawa bagi membantu menyelesaikan permasalahan mereka.

0

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

Unknown

image

PROGRAM Politeknik Ibrahim Sultan bersama komuniti rumah pangsa Taman Cendana akan berlangsung pada Ahad 26hb Februari 2012.Bertempat di Dewan Taman Cendana.Pelbagai pameran dan pertandingan serta acara keluarga akan berlangsung pada hari tersebut mulai jam 8.00 pagi.Semuia dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan program tersebut.

0

LAPORAN TIDAK JUJUR KONON PENDUDUK PRIHATIN

Unknown

image

LAPORAN didada akhbar mukasurat 26 disebuah akhbar harian pada Selasa 14hb Februari 2012 diyakini tidak tepat dan dengan sengaja penulisnya yang menghantar karangan kepada saudara pengarang untuk diterbitkan adalah suatu yang tidak berasas bagi mengambarkan ketidak prihatinan pemimpin masyarakat kepada keluarga terbabit.

Untuk makluman bagi pembetulan karangan tersebut, keluarga tersebut memang ditempatkan sementara di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang di Blok 43 Taman Cendana, yang juga penyelarasnya merupakan penyelaras ‘blog’ ini selama 12 hari bagi kerja-kerja menyiapkan rumah yang bakal didiami keluarga tersebut.Sejak dari hari pertama keluarga tersebut telah dibantu untuk makanan asas anak-anak seperti susu serta keperluan asas seperti lampin pakai buang untuk bekalan selama 3 bulan.Kelengkapan memasak juga disediakan kepada keluarga terbabit seperti dapur gas serta tong gas berisi.Anak keduanya juga telah dibantu oleh jawatankuasa utuk persekolahan dan menetap dirumah salah seorang jawatankuasa bagi memastikan pendidikan agama serta akademi dapat diteruskan.Asalnya keluarga tersebut tinggal dirumah ibubapanya di penempatan rumah Taman Cendana tetapi telah dihalau keluar atas sebab perselisihan faham.

Keluarga tersebut telah ditumpangkan bagi mendapat keselesaan disebuah rumah yang lengkap dengan bekalan air dan eletrik serta bersih keadaan dalam rumah yang ditumpangi.Suatu perkara yang tidak dapat diterima jawatankuasa adalah setelah keluarga tersebut ditempatkan dirumah yang selesa.Suami kepada 6 beranak tersebut muncul dan didapati sihat tubuh badan untuk bekerja.Dan sepanjang pengamatan beliau sering melepak dirumah tanpa pekerjaan tetap.

Jawatankuasa berpendapat keluarga tersebut yang mempunyai ketua keluarga wajiblah lebih bertanggungjawab dalam menjalankan dan menyediakan nafkah bagi tanggungannya.Apatah lagi keluarga tersebut sekarang telah berada dirumah yang telah siap dicat oleh jawatankuasa yang sentiasa prihatin kepada masyarakat walaupun keluarga tersebut baru sahaja diiktiraf penduduk rumah pangsa Taman Cendana

0

PROGRAM MESRA ILMU SIRI 3

Unknown Isnin, 13 Februari 2012

image

PROGRAM selama 3 hari yang dijadual dari 17, 18 & 19hb Februari 2012.Sasaran kepada pelajar UPSR, PMR dan SPM sessi 2012.Acara perasmian pada 19hb Februari 2012 bertempat di Dewan Taman Cendana, jam 11.30 pagi akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Pejabat Parlimen Pasir Gudang, Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama dan Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang.

0

PERASMIAN PROGRAM AZAM TANI & PENDAFTARAN e-KASIH

Unknown Ahad, 12 Februari 2012

imageimage

PROGRAM yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang telah berlangsung pada Ahad 12hb Februari 2012 yang turut dihadir masyarakat Taman Cendana seramai lebih kurang 2 ribu orang.Program yang bermula sejak awal pagi diisi dengan beberapa acara seperti pertandingan mewarna, pameran dari agensi kerajaan, pertandingan gubahan, jualan produk berasaskan nanas, pendaftaran e-kasih dan pelbagai pertandingan dan pameran.

0

SELAMAT HARI THAIPUSAM 2012

Unknown Isnin, 6 Februari 2012

image

SELAMAT menyambut Hari Thaipusam pada 7hb Februari 2012 kepada semua penganut agama Hindu.

0

PELANCARAN KELAS BIMBINGAN AL-QURAN PARLIMEN PASIR GUDANG (BLOK 55 TAMAN CENDANA)

DSC07527

SYUKUR kehadrat Allah s.w.t diatas barakahNya hingga terlaksananya impian mengadakan kelas yang khusus mempelajari Al-Quran bagi komuniti Rumah Pangsa Taman Cendana.Barakah dibulan sambutan Maulidur Rasul s.a.w (hari yang ke 2) pada 6hb Februari 2012 bertempat di Kelas Bimbingan Al-Quran Parlimen Pasir Gudang (Kelas Blok 55 Taman Cendana) telah jayanya diwujudkan bagi memberi tunjuk ajar kepada komuniti ilmu agama.

Dalam pelancaran ini juga sebanyak 49 naskah Al-quran, 40 naskah Yassin, 34 naskah Muqaddam, 26 naskah Iqraq, 30 helai Sejadah dan 60 unit Rehal telah disumbangkan oleh Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana, Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang (Saudara Mohd Farid bin Haji Abd Razak) dan penyumbang-penyumbang bagi kegunaan peserta-peserta kelas tersebut.

Terima kasih juga dipanjangkan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Haji Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang yang telah menyumbangkan menaiktaraf kelas tersebut bagi kegunaan masyarakat setempat.Ini merupakan kelas yang ke 3 dalam penempatan Rumah Pangsa Taman Cendana ini yang telah disumbangkan oleh beliau dalam peningkatan ilmu dikawasan ini.Yang mana 2 kelas telah dinaiktaraf pada tahun 2007 untuk kegunaan kelas akademi dan 1 kelas pada tahun 2010 untuk kegunaan kelas agama.

Keprihatinan YB Dato’ Seri kepada keperluan komuniti amat disanjungi masyarakat dipenempatan ini.Tidak hairanlah apabila beliau menjadi model dalam pembentukan modal insan bagi remaja yang telah mendapat manfaat dari ketiga-tiga kegunaan kelas tersebut.

0

PROGRAM BERSAMA RAKYAT

Unknown Sabtu, 4 Februari 2012

image

PROGRAM Bersama Rakyat akan diadakan pada Ahad 12hb Februari 2012, seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Taman Cendana Pasir Gudang.Program anjuran Lembaga Nanas Malaysia dibawah Kementerian Asas Tani ini akan membawakan kepada semua pengunjung produk-produk yang berasaskan Nanas.Pelbagai Pameran dan Agensi Kerajaan yang berkaitan akan turut mengambil tempat pada program tersebut itu nanti.

Seawal jam 7 pagi, pengunjung boleh mendapatkan segala keperluan barangan keperluan harian apabila Pasar Tani akan dibawakan terus kepada pengunjung pada hari tersebut yang akan diletakkan diperkarangan tempat meletak kenderaan Dewan Taman Cendana.Dalam program tersebut juga akan disediakan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak murid tadika.Penyusunan program bagi kategori dewasa akan disediakan pertandingan gubahan berasaskan buah-buahan tempatan.Pelbagai acara dan pertandingan akan dibawakan kepada pengunjung pada hari tersebut.

Kaunter pendaftaran e-Kasih juga akan dibuka pada hari tersebut khusus bagi pengunjung mendaftar.Perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang.Dan dijangkakan seramai 5 ribu orang pengunjung akan membanjiri tapak dan Dewan Taman Cendana. Semua pengunjung dari dialu-alukan hadir pada program tersebut itu nanti.

0

MAULIDUR RASUL S.A.W

Unknown

image

SELAWAT keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

0

SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA

Unknown Jumaat, 3 Februari 2012 ,

Skim-Amanah-Rakyat-1Malaysia

Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia adalah inisiatif kerajaan untuk mempromosi kumpulan pendapatan rendah melabur dan menyimpan untuk masa depan. Skim ini adalah kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bank-bank tempatan yang terpilih.Dengan skim ini rakyat malaysia yang layak boleh memohon pinjaman sebanyak RM5,000.00 daripada bank-bank yang dipilih untuk di laburkan di Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia. Pelaburan ini akan di uruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) nak akan mendapat pulangan yang menarik daripada setiap pelaburan yang di lakukan.

Jumlah dana sebanyak RM500 juta di sediakan dan menawarkan seramai 100,000 peminjam yang layak untuk skim ini. Pembahagian akan di lakukan dalam kontek siapa dulu di utamakan. Pembahagian pinjaman dana ini adalah 50% untuk Bumiputra, 30% untuk bangsa Cina, 15% untuk bangsa India dan 5% untuk bangsa lain-lain. Dalam skim ini, pembayaran insentif akan di lakukan setiap bulan dalam bentuk tambahan unit di dalam AS 1 Malaysia. Peserta skim ini perlu membayar pinjaman pada kadar yang minimum untuk selama 5 tahun.

Dapatkan borang permohonan di setiap bank yang di lantik. Bank-Bank yang di lantik adalah

Bank Sara 1 Malaysia

0

GELANGGANG FUTSAL RAKYAT TAMAN CENDANA

Unknown Khamis, 2 Februari 2012

DSC07366

PROJEK pembinaan Gelangang Futsal Rakyat yang dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung bulan Februari 2012 ini merupakan projek Kementerian Belia dan Sukan bagi melengkapkan prasarana bagi penempatan Rumah Pangsa Taman Cendana.Gelangang Futsal ini atas permintaan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled dan YB Datuk MM Samy ini kepada Jabatan Belia dan Sukan Johor bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat dalam memberi kemudahan masyarakat menjalankan aktiviti riadah yang sihat.

Kerjasama penuh telah diberikan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan memberikan kelulusan penggunaan tapak riadah bersebelahan Semai Niaga Taman Cendana.Apabila siap sepenuhnya nanti Gelangang Futsal ini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama bagi pengurusan pentadbiran dalam mengelolakan gelangang ini sepenuhnya nanti.Ianya akan dilengkapi lampu limpah bagi kemudahan beriadah diwaktu malam.

0

TAKLIMAT & PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA PMR DAN SPM KOMUNITI TAMAN CENDANA SESSI 2012

Unknown

DSC07352

DSC07339

TAKLIMAT yang diprogramkan pada 2hb Februari 2012 ini telah dijalankan di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang (Blok 43 Taman Cendana) ini telah melibatkan seramai 87 orang anak penduduk Taman Cendana yang akan mengambil peperiksaan utama pada tahun ini.Pada program ini juga telah menjemput 3 orang penceramah motivasi iaitu Encik Moeinuddin bin Haji Zakaria selaku Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Saudara Mohd Farid bin Haji Abd Razak selaku Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang dan Tuan Syed Zainal Abidin bin Syed Abd Rahman.

Keprihatinan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pejabat Parlimen Pasir Gudang, Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana 4 dan UMNO Cawangan Taman Cendana 4 Bahagian Pasir Gudang ini membuktikan perkara peningkatan akademi serta sahsiah pelajar dipenempatan Rumah Pangsa Taman Cendana ini menjadi perkara pokok dalam memastikan komuniti mendapat pembelajaran yang sempurna serta penumpuan kepada pembangunan modal insan serta pembangunan intelektual menjadi perkara utama agenda dalam menjadi pemangkin masyarakat yang diyakini boleh mengharungi arus kepesatan menyiapkan diri agar selari dengan cabaran dimasa hadapan.

Pelan tindakan yang diwujudkan oleh pengajur program ini telah mula menampakkan hasil yang amat memberangsangkan dengan kesepakatan bagi menaik taraf mutu pendidikan dikalangan anak penduduk dipenempatan ini.Pengaturan strategi yang mampan telah diatur bagi memberi peluang sama rata anak-anak penduduk dalam mengharungi kepesatan penimbaan ilmu.Apa yang diharapkan oleh Penyelaras Kelas ini Saudara Shamsul Bahrin bin Ibrahim untuk meghasilkan ‘produk'-produk’ pelajar cemerlang bagi mengisi ruang yang disediakan oleh Pemimpin NO 1 Pasir Gudang, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin  Haji Nordin di Bandar Seri Alam yang telah diwartakan bandar hub pendidikan.Penyediaan Universiti, Maktab Rendah Sains Mara serta Kolej yang dibawakan kepimpinan besar tersebut patut diambil peluang oleh anak-anak penduduk Taman Cendana dalam mengisi ruang dalam mendalami ilmu bagi ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ serta persaingan yang sihat dalam perlumbaan mengejar mencapai ilmu.

0

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA FASA KE 2 TAMAN CENDANA

DSC07312

BANTUAN Rakyat 1 Malaysia Fasa Ke 2 penempatan rumah pangsa Taman Cendana telah diedarkan pada 2hb Februari 2012.Pengagihan pada kali ini melibatkan seramai 311 orang penerima.Penyampaian terus kerumah melalui cawangan masing-masing telah selesai disempurnakan oleh Jawatankuasa cawangan masing-masing dari keseluruhan Blok 1 sehinggalah ke Blok 55.Rata-rata penerima yang ditemui dikediaman masing-masing menyatakan penghargaan kepada kepimpinan Jawatankuasa penduduk yang telah menyampaikan baucer tersebut terus kerumah mereka.Ini membuktikan keprihatinan jawatankuasa memudahkan bebanan komuniti dipenempatan ini.Kesemua penerima melahirkan perasaan penghargaan diatas kepimpinan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang dan YB Datuk MM Samy selaku Wakil Rakyat ADUN Permas.Ternyata sokongan masyarakat Taman Cendana terhadap Kerajaan Barisan Nasional tidak berbelah bahagi dan keprihatinan semua lapisan peringkat kepimpinan amat dihargai.

0

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA

Unknown Rabu, 1 Februari 2012

image

FESTIVAL Layang-layang yang telah menjangkau kali ke 17 ini mengekalkan kesinambungan sebagai acara tahunan.Ianya juga telah diwartakan dalam kalender pelancongan Malaysia.