Archives

0

PELANCARAN KONVOI BERMOTOR PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG

Unknown Ahad, 29 April 2012 ,

MAJLIS Pelancaran Pemuda Bemotor Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.Sekali lagi ribuan pemuda Pasir Gudang berhimpun untuk turut serta dalam aktiviti sihat.Yang mana dalam program tersebut juga telah mengedarkan bantuan berupa makanan asas kepada penerima dalam lawatan kebeberapa tempat yang dalam siri konvoi tersebut.

0

GENERASI Y GIATMARA NEGERI JOHOR DI TAMAN CENDANA

PROGRAM Generasi Y Giatmara Negeri Johor yang berkampung di Taman Cendana mulai 20, 21 & 22hb April 2012 mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat sekitar untuk turut serta dalam program tersebut yang menyediakan pelbagai acara sepanjang 3 hari berlangsung.Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.

0

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA FASA RAYUAN

MAJLIS Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia setelah rayuan semula apabila permohonan kali pertama gagal yang dibuat oleh penduduk rumah pangsa Taman Cendana.Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan rakyat.Ini jelas apabila seramai 143 orang penerima telah diluluskan permohonan mereka pada majlis penyerahan bantuan tersebut pada 23hb April 2012 di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang di Blok 43 Taman Cendana.Kegagalan permohonan kali pertama apabila terdapat kesilapan pengisian borang yang tidak lengkap untuk diproses dan tidak menyertakan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon.

0

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Unknown Isnin, 9 April 2012

PROGRAM Khidmat Masyarakat Pelajar-pelajar yang melibatkan IPTA/S, Politeknik serta Kolej Komuniti dari seluruh negara pada Ahad 8hb April 2012 sempena Program Orienteering di Pasir Gudang.Dalam program yang menjurus kepada gotong-royong selama 1 jam setengah bersama penduduk blok dan telah melibatkan sebanyak 49 buah blok di dalam kawasan perumahan rumah pangsa Taman Cendana disambut baik masyarakat setempat.Seramai hampir 1 ribu orang pelajar telah hadir bagi sama-sama menjayakan program tersebut.

0

STREET SOCCER YDP TURUN PADANG ZON CENDANA

Unknown Isnin, 2 April 2012 ,

PERTANDINGAN Street Soccer YDP Turun Padang  Zon Cendana pada 1hb April 2012, telah dirasmikan oleh Tuan Haji On bin Jabar selaku Yand Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.Sebanyak 2 kategori dipertandingkan dalam pertandingan tersebut bagi katergori 12 tahun kebawah dan kategori 13 tahun dan keatas.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Cendana.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai keseluruhan sebanyak RM 1 075 telah diberikan kepada pemenang-pemenang.Menarik bagi pertandingan kali ini, semua pasukan yang betanding wajib menamakan pasukan mereka dengan nama pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh negara.Ini bagi menyemaikan semangat sayangkan pemimpin yang telah banyak berjasa dalam kejayaan tanahair tercinta.

0

PROGRAM YDP TURUN PADANG ZON CENDANA

PROGRAM YDP Turun Padang Zon Cendana pada 1hb April 2012 di Tapak Pasar Malam Taman Cendana membwa lembaran baru bagi tahun 2012 yang mana dalam ucapan perasmian program tersebut, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tuan Haji On bin Jabar telah mengumumkan pembinaan sebuah lagi gelanggang futsal didalam Rumah Pangsa Taman Cendana bagi kegunaan masyarakat setempat.

Dalam program ini juga rombongan YDP telah dibawa untuk melawat ke tapak perniagaan Semai Niaga Taman Cendana dan lawatan kerumah keluarga daif penduduk.

0

PROGRAM SEMBANG-SEMBANG BERSAMA PEMIMPIN

Unknown Ahad, 1 April 2012

PROGRAM Sembang-sembang Bersama Pemimpin yang dijalankan pada 1hb April 2012, jam 3 petang bertempat di Tapak Pertandingan Street Soccer Taman Cendana membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk berjumpa secara terus kepada YB Datuk MM Samy selaku Wakil Rakyat ADUN Permas.Penglibatan semua pihak dalam perjumpaan ini membuktikan ketelusan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional dalam semua aspek dan hal.Tiada golongan yang dipinggirkan dalam menyatu padukan masyarakat agara sejajar dengan pembangunan insan dalam usaha bersama mendengar idea pelbagai golongan kearah pemangkin masyarakat 1 Malaysia.