Penempatan Taman Cendana mula diduduki pada pertengahan tahun 1997. Antara tujuan penempatan ini diwujudkan adalah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Kos Rendah dan Penempatan Asrama Pekerja oleh Industri yang terdapat dalam kawasan Pasir Gudang yang sedang pesat sebagai kawasan Industri. Iannya berkonsepkan Rumah Pangsa 5 tingkat.Penempatan ini terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.
Terdapat 4 jenis penempatan yang ada di Taman Cendana seperti berikut.
i. Flat Sewa Kerajaan Johor - 20 Blok
ii. Badan Pengurusan Bersama - 9 Blok
iii. Blok Asrama Pekerja - 15 Blok
iv. MPPG - 2 Blok
vi. Asrama Pelajar Politeknik - 3 Blok
Jumlah keseluruhan bagi penempatan rumah pangsa terdapat 2,350 buah pintu yang keseluruhannya adalah penempatan untuk rakyat sebanyak 30 buah blok.
Penduduk Rumah Pangsa Taman Cendana terdiri dari pelbagai budaya dari serata negeri yang terdapat di Malaysia, namun lebih
separuh darinya adalah Warga Johor.Kebanyakan pemindahan
keluarga kepenempatan ini adalah terdiri dari pemindahan
setinggan sekitar Johor Bahru, pemindahan estet, PPRT dan
pekerja-pekerja kilang dikawasan Pasir Gudang.
PECAHAN KAUM DI PENEMPATAN RUMAH PANGSA
1. MELAYU - 9,127
2. CINA - 18
3. INDIA - 213
4. WARGA ASING - 67
5. LAIN-LAIN - 72
JUMLAH - 9,497
PECAHAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR PENDUDUK
1. UMUR 21 TAHUN DAN KEATAS - 4,399
2. UMUR 13 - 20 TAHUN -3,029
3. UMUR 7 - 12 TAHUN -1,359
4. UMUR DIBAWAH 6 TAHUN -712
PEKERJAAN PENDUDUK TAMAN CENDANA
1. 68% PEKERJA SWASTA
2. 25% BEKERJA SENDIRI
3. 5% PELAJAR ASRAMA
4. 2% PENJAWAT AWAM
1. PENDAPATAN SEISI KELUARGA DIBAWAH RM3,000 - 18%
2. PENDAPATAN SEISI KELUARGA DIBAWAH RM1,500- 82%
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.