Archives

0

ANUGERAH ZON TERAKTIF 2011 MPPG

Unknown Sabtu, 24 Disember 2011 ,

ZON

 

Zon Cendana telah memenangi zon teraktif 2011 dari MPPG. Kejayaan ini ini adalah daripada program-program kemasyarakatan yang di adakan di Taman Cendana sepanjang 2011. MPPG mengiktiraf segala usaha yang telah di lakukan oleh JKP Taman Cendana dan akan mengiatkan usaha dalam membuat program-pragram untuk masyarakat pada tahun 2012.

0

SERAHAN BORANG BR1M

Unknown ,

Program serahan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di dewan Taman Cendana telah berjaya mengumpul sebanyak 951 borang. Kerjasama daripada pejabat Adun Permas Jaya dan Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana telah berjaya membantu penduduk sekitar Taman Cendana.

101_1268

101_1261

0

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Unknown Rabu, 21 Disember 2011 , ,

Pejabat wakil rakyat ADUN Permas dan Jawatankuasa penduduk MPPG Zon Cendana menganjurkan kaunter penyerahan borang bantuan Rakyat 1 Malaysia dia Dewan Taman Cendana pada hari Khamis 22hb Disember 2011 dari 10.00am sehingga 3.00pm. Semua penduduk di kawasan Pasir Gudang yang ingin menyerahkan borang tersebut hendaklah hadir pada waktu yang di sebutkan.

0

MPPG wujud warden trafik - Sinar Harian

Unknown Khamis, 8 Disember 2011 ,
MPPG wujud warden trafik - Melaka & NS - Sinar Harian

Tahniah MPPG kerana melangkah setapak lagi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan mewujudkan warden trafik. Masalah kesesakan jalan raya di waktu puncak di kawasan Pasir Gudang telah lama di hadapi oleh semua penduduk. Dengan tertubuhnya pasukan warden trafik ini dapat melancar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang amat meruncing di kawasan Pasir Gudang ini. Tahniah kepada YDP MPPG yang mengambil sikap proaktif dalam menangani masalah penduduk setempat.

Masalah tiada lampu isyarat di beberapa lokasi di Pasir Gudang juga adalah salah satu masalah yang perlu di ambil perhatian oleh MPPG. Satu lokasi yang paling kronik adalah di persimpangan Taman Cendana yang telah berlaku banyak kemalangan di sebabkan oleh tiada lampu isyarat di lokasi tersebut. Masalah ini telah di utarakan oleh pemimpin masyarakat kepada MPPG sebelum ini dan masih belum mendapat perhatian. Kami berharap YDP MPPG akan mengambil kira tentang bahaya nya persimpangan yang tiada lampu isyarat ini.
0

Pas implemen Islam jika PR menang - Politik - Sinar Harian

Unknown
Pas implemen Islam jika PR menang - Politik - Sinar Harian

Tidak ada seorang Islam yang tulin akan menolak tentang undang-undang Islam untuk di laksanakan. Tidak ada seorang Islam yang jati yang akan menolak tentang syiar Islam. Mengapa PAS boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak undang-undang Islam. Menyokong orang yang bukan Islam mempersendakan ayat-ayat Islam dalam ceramah umum. Apa dah jadi dengan PAS sekarang ini? Sanggup membiarkan agama Islam di permainkan demi untuk mencapai hasrat yang kononnya murni dalam membentuk kerajaan Islam. Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk memurtadkan orang Islam yang lain adalah tidak boleh di terima sama sekali dalam golongan Islam muda sekarang.

Tanpa PAS Malaysia boleh menjadi negara Islam yang agung dan megah di mata dunia. melahirkan ilmuan-ilmuan Islam dan mendidik generasi-generasi Islam yang baik sekarang. Pencapaian yang Malaysia kecapi sekarang adalah di sebabkan oleh Malaysia adalah negara Islam yang di Iktiraf oleh negara-negara barat. Kejatuhan ekonomi, bencana alam dan malapetaka yang yang melanda di negara-negara barat tidak terkena kepada Malaysia di sebabkan Malaysia adalah negara Islam yang di lindungi oleh Allah S.W.A.T. Rakyat Malaysia yang beragama Islam selalu mendoakan tentang kesejahteraan, kemakmuran, keamanan sehingga ada rakyat barat yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam yang Makmur dan Aman damai.

BUKA MATA DAN MINDA....
0

myMetro | Formula jinak Awang Hitam

Unknown
myMetro | Formula jinak Awang Hitam

Di mana silapnya apabila pendatang asing yang belajar dan bekerja di Malaysia ini sudah besar kepala sehingga sanggup mencabar penguatkuasa. Mereka berani memukul dan mencaci pihak polis dan Imegresen apabila tangkapan di buat. Adakah pihak penguatkuasa Malaysia sudah tidak ada taring lagi sehingga mereka berani melakukan perkara tersebut. Pihak kerajaan harus memandang perkara ini dengan serius tentang masalah ini dan bagaimana handak mengatasi masalah ini. Program 6P yang di jalankan baru-baru ini haruslah di guna pakai dalam mengawal dan membenteras masalah ini.

Masyarakat atau komuniti setempat harus memainkan peranan yang lebih luas dalam mencegah masalah samseng pendatang asing ini. Di Pasir Gudang terdapat ramai pekerja-pekerja asing yang datang dari Indonesia, vietnam, Bangladesh dan pakistan yang rata-rata mereka berkerja di pelabuhan dan sekitaranya. Ada golongan pendatang asing ini yang boleh tinggal dalam masyarakat Malaysia dengan baik tanpa ada gangguan dari mereka. Kita lihat di Taman cendana terdapat beberapa blok yang didiami oleh pekerja asing sebagai penempatan pekerja dan mereka menjalani kehidupan bersama-sama dengan masyarakat setempat. Mereka memahami budaya dan persekitaran dan seluruh masyarakat di Taman Cendana boleh hidup dengan aman dan damai.

KOMUNITI PERIHATIN !!!!!!!!!!
0

SEMBANG-SEMBANG POLITIK

Unknown Isnin, 5 Disember 2011

Setelah tamat perhimpunan Agung UMNO, banyak mandat dan amanah yang telah di sampaikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden parti kepada semua ahli UMNO. Transformasi yang berlaku dalam UMNO dan usul-usul dari perwakilan telah di bentangkan kepada ahli-ahli UMNO.

Setelah itu semua ketua-ketua dan perwakilan UMNO akan pulang kekawasan masing-masing membawa amanat itu dan tidak terkecuali ketua-ketua UMNO Taman Cendana. Ketua-ketua UMNO Taman Cendana harus sedar banyak kepincangan yang telah mereka lakukan dalam menyatupadukan orang melayu dan ahli-ahli mereka sendiri. Mereka harus sedar yang mereka tidak melakukan tugas yang sebenarnya dalam masyarakat Taman Cendana itu sendiri. Berbalah sesama sendiri, Iri hati, memfitnah sesama ahli dan tidak menanamkan semangat cinta pada UMNO itu sendiri. Ada sesetengah Ketua UMNO Taman Cendana pernah bersuara akan bertukar baju kalau niat dan hajatnya tidak kesampaian dalam UMNO.

Pejabat bahagian harus sedar tentang perkara ini dan jangan terlalu menurut saja apa kata cawangan tanpa merujuk kepada ahli-ahli akar umbi UMNO, merujuk kepada pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain dalam menentukan sesuatu isu.

 

RENUNG-RENUNGKAN LAHHHH……….