Featured Contents

Taman Cendana Profile

Penempatan Taman Cendana mula diduduki pada pertengahan tahun 1997. Antara tujuan penempatan ini diwujudkan adalah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Kos Rendah dan Penempatan Asrama Pekerja oleh Industri yang terdapat dalam kawasan Pasir Gudang yang sedang pesat membangun sebagai kawasan Industri.

MPPG Semai Niaga

Salah satu kemudahan yang ada di Taman Cendana. Semai Niaga adalah tempat untuk peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan makanan. MPPG menyediakan tempat dengan sewa yang minumum untuk peniaga di Taman Cendana [...]

Masjid Jamek Taman Cendana

Masjid Taman Cendana ini adalah untuk semua umat Islam di Taman Cendana menjalankan aktiviti-aktiviti ibadah dan ke agamaan. Johor Land menyediakan kemudahan ini dengan infrastruktur yang lengkap [...]

Sekolah Kebangsaan Taman Cendana

Sekolah Rendah Taman Cendana ini menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal dan menetap di Taman Cendana dan sekitarnya [...]

Latest Posts

0

PROGRAM IHSAN RAMADAN & AIDILFITRI 2012

Unknown Selasa, 14 Ogos 2012

100_2047

PROGRAM Ihsan Ramadan & Aidilfitri 2012 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.Program anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang ini telah menyampaikan sebanyak 129 sumbangan kepada golongan ibu tunggal. anak yatim, orang kurang upaya dan fakir miskin.Majlis telah diadakan di Dewan Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.

0

SUMBANGAN KEBAJIKAN

100_2045

SUMBANGAN Kebajikan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang telah disampaikan kepada 32 orang golongan kurang berkemampuan pendudukj Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.Program ini dengan kerjasama Taska Kiara dan Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.Golongan penerima juga berbuka puasa bersama-sama pegawai-pegawai pentadbiran taskan tersebut.

0

SUMBANGAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PELABUHAN JOHOR BERHAD

100_1966

MAJLIS Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad kepada seramai 30 orang penduduk Taman Cendana telah diagihkan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan keluarga kurang kemampuan.Majlis yang diadakan pada Jumaat 10hb Ogos 2012 bertempat di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang Blok 43 Taman Cendana dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.

0

SUMBANGAN SEMARAK RAMADHAN 2012

Unknown Isnin, 6 Ogos 2012 ,

PROGRAM Sumbangan Semarak Ramadhan kali ke 2 2012 yang telah dijayakan pada Ahad 6hb Ogos 2012 bertempat di Taman Cendana yang telah disempurnakan oleh Tuan Sukirman bin Badri.Program anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad.

0

BUBUR LAMBUK KRT RUMAH PANGSA BLOK 42 HINGGA BLOK 55 TAMAN CENDANA

Unknown Isnin, 30 Julai 2012

PROGRAM Bubur Lambuk Anjuran KRT Rumah Pangsa Blok 42 Hingga Blok 55 Taman Cendana telah direncanakan pada 29hb Julai 2012 & 5hb Ogos 2012 ini untuk disumbangkan kepada semua ahli-ahli KRT dibawah naungannya.

0

PERASMIAN MINI KARNIVAL KEMAS PASIR GUDANG

Unknown Sabtu, 30 Jun 2012 , ,

ACARA Perasmian Mini Karnival KEMAS Parlimen Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di tapak Program Taman Cendana pada Sabtu 30hb Jun 2012.Sempena acara perasmian yang turut dihadiri oleh lebih 2 000 orang itu turut menyertakan pameran dari Agensi dan Jabatan Kerajaan serta turut diadakan pertandingan mewarna.Program yang dijalankan selama 2 hari pada 30hb Jun & 1hb Julai ini menampilkan kepelbagaian acara yang boleh disertai semua pengunjung.

0

PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL BELIA 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA

MAJLIS Perasmian Gelanggang Futsal Belia 1 Malaysia Taman Cendana telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang pada Sabtu 30hb Jun 2012.Dalam menyempurnakan acara pembukaan gelanggang Futsal tersebut telah diberi penghormatan kepada 2 pasukan veteran penduduk Taman Cendana dan pertandingan futsal bagi kategori 12 tahun dan kebawah pada hari tersebut.Pengurusan gelanggang tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Gerakan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Taman Cendana Utama.