Archives

0

PROGRAM IHSAN RAMADAN & AIDILFITRI 2012

Unknown Selasa, 14 Ogos 2012

100_2047

PROGRAM Ihsan Ramadan & Aidilfitri 2012 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.Program anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang ini telah menyampaikan sebanyak 129 sumbangan kepada golongan ibu tunggal. anak yatim, orang kurang upaya dan fakir miskin.Majlis telah diadakan di Dewan Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.

0

SUMBANGAN KEBAJIKAN

100_2045

SUMBANGAN Kebajikan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang telah disampaikan kepada 32 orang golongan kurang berkemampuan pendudukj Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.Program ini dengan kerjasama Taska Kiara dan Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.Golongan penerima juga berbuka puasa bersama-sama pegawai-pegawai pentadbiran taskan tersebut.

0

SUMBANGAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PELABUHAN JOHOR BERHAD

100_1966

MAJLIS Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad kepada seramai 30 orang penduduk Taman Cendana telah diagihkan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan keluarga kurang kemampuan.Majlis yang diadakan pada Jumaat 10hb Ogos 2012 bertempat di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang Blok 43 Taman Cendana dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.

0

SUMBANGAN SEMARAK RAMADHAN 2012

Unknown Isnin, 6 Ogos 2012 ,

PROGRAM Sumbangan Semarak Ramadhan kali ke 2 2012 yang telah dijayakan pada Ahad 6hb Ogos 2012 bertempat di Taman Cendana yang telah disempurnakan oleh Tuan Sukirman bin Badri.Program anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad.