Archives

0

PERASMIAN MINI KARNIVAL KEMAS PASIR GUDANG

Unknown Sabtu, 30 Jun 2012 , ,

ACARA Perasmian Mini Karnival KEMAS Parlimen Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di tapak Program Taman Cendana pada Sabtu 30hb Jun 2012.Sempena acara perasmian yang turut dihadiri oleh lebih 2 000 orang itu turut menyertakan pameran dari Agensi dan Jabatan Kerajaan serta turut diadakan pertandingan mewarna.Program yang dijalankan selama 2 hari pada 30hb Jun & 1hb Julai ini menampilkan kepelbagaian acara yang boleh disertai semua pengunjung.

0

PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL BELIA 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA

MAJLIS Perasmian Gelanggang Futsal Belia 1 Malaysia Taman Cendana telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang pada Sabtu 30hb Jun 2012.Dalam menyempurnakan acara pembukaan gelanggang Futsal tersebut telah diberi penghormatan kepada 2 pasukan veteran penduduk Taman Cendana dan pertandingan futsal bagi kategori 12 tahun dan kebawah pada hari tersebut.Pengurusan gelanggang tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Gerakan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Taman Cendana Utama.

0

AKTIVITI MALAM TAMAN CENDANA

Unknown Selasa, 26 Jun 2012 ,

GELANGGANG Futsal 1 Malaysia Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dibuka bersebelahan Semai Niaga Taman Cendana.Iannya diyakini dapat sedikit sebanyak membantu hasrat kerajaan untuk memastikan tahap kesihatan remaja setempat pada tahap yang memuaskan dan mengurangkan permasalahan sosial stempat.

0

MINI KARNIVAL KESIHATAN KEMAS PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown ,

KARNIVAL yang dijadual berlangsung pada 30hb Jun & 1hb Julai ini akan diakan di Tapak Meletak Kenderaan Semai Niaga Taman Cendana Pasir Gudang ini akan membawakan kepelbagaian aktiviti serta pameran jabatan kerajaan dalam konteks kesihatan pemakanan.Program ini yang djadual berlangsung selama 2 hari tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

0

PERJUMPAAN JAWATANKUASA PENDUDUK MPPG ZON CENDANA

MAJLIS Perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana yang berlangsung pada Isnin 25hb Jun 2012 di Dewan Taman Cendana bersama Ahli Majlis MPPG Zon Cendana Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman.Majlis turur dihadiri oleh Tuan Haji Ismail yang juga merupakan pegawai  khas MPPG kepada Ahli Majlis Zon Cendana.Dalam program sederhana tersebut juga Ahli Majlis turut menyampaikan pakaian marhaban kumpulan lelaki seramai 20 orang dan pakaian marhaban perempuan juga seramai 20 orang.Turut serta disampaikan baju korporat kepada 20 orang Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana.

0

MAJLIS PENYERAHAN PENDAHULUAN PEMBIAYAAN PTPTN

Unknown Sabtu, 23 Jun 2012

MAJLIS Penyerahan Pendahuluan Pembiayaan PTPTN kepada pelajar yang telah berjaya ke melanjutkan pelajaran.Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Politeknik Ibrahim Sultan pada Sabtu 23hb Jun 2012.

0

MAJLIS PERASMIAN UniKL MITEC

Unknown Khamis, 21 Jun 2012 ,

MAJLIS Perasmian UniKL MITEC disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Apdal di Bandar Seri Alam pada Khamis 21hb Jun 2012.

0

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM ANAK ANGKAT UPM

Unknown Rabu, 20 Jun 2012 ,

MAJLIS Perasmian Penutupan Program Anak Angkat Remaja Aktif Sihat (PARAS) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, pada Ahad 27hb Mei 2012.Seramai 127 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah tinggal bersama keluarga angakat mereka di Taman Cendana selama 4 hari 3 malam mulai 24hb Mei hingga 27hb Mei 2012.

0

PROGRAM KELUARGA PRIHATIN BEBAS DADAH (FAMILY ON ALERT)

Unknown Isnin, 18 Jun 2012 ,

PROGRAM Keluarga Prihatin Bebas Dadah ( Family On Alert) ini telah diadakan pada Sabtu 2hb Jun 2012 di Kelas Blok 43 Taman Cendana yang dianjurkan oleh Agend\si Anti Dadah Daerah Johor Bahru dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Taman Cendana Utama serta Kawasan Rukun Tetangga.Program ini menjuruskan penglibatan keluarga dalam menangani permasalahan gejala penyalah gunaan dadah.

0

FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA

GELANGGANG Futsal 1 Malaysia Taman Cendana, Kementerian Belia & Sukan Malaysia akan ditadbir oleh Gerakan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Taman Cendana.Kemudahan riadah ini bertempat besebelahan Semai Niaga Taman Cendana.

0

SEPETANG BERSAMA ANA RAFALI DI TAMAN CENDANA

Unknown Khamis, 14 Jun 2012

PROGRAM ANAK ANGKAT REMAJA AKTIF SIHAT yang berlangsung selama 4 hari mulai 24 hingga 27hb Mei 2012 telah membawakan khas celebriti Ana Rafali kepada remaja setempat.Ianya bertujuan memberikan motivasi kepada remaja agar senantiasa berada dilandasan yang betul sebagai seorang remaja atau pelajar.Program santai ini memberi banyak impak kepada remaja serta orang ramai yang hadir.Lokasi program yang bertempat di Taman Cendana ini bertepatan dengan seruan kerajaan agar dapat menyatukan para remaja agar menjauhi penglibatan yang tidak bermoral.