You Are Reading

0

PINJAMAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Unknown Jumaat, 13 Januari 2012
clip_image002
BANTUAN pinjaman berbentuk wang tunai bagi penduduk Taman Cendana yang berkonsepkan bagi mengubah kehidupan kearah yang lebih baik dalam peningkatan taraf hidup ini telah dimulakan pada awal Mac 2009.Iannya didatangkan kedalam kawasan perumahan rumah pangsa ini oleh Saudara Shamsul Bahrin bin Ibrahim selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Negeri Johor.Program meningkatkan taraf hidup ini merupakan suntikan modal bagi menjana pendapatan bagi seisi keluarga.Yang mana keluarga tersebut boleh menggunakan pinjaman yang telah diluluskan mengikut keperluan bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dirumah atau dikawasan perniagaan mereka sehingga RM 3000 diawalnya.Syarat yang diperlukan adalah amat mudah iaitu Warganegara Malaysia serta mempunyai tekad untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik.
Sehingga awal 2012, sebanyak hampir RM 470 000, telah diperuntukan kepada penduduk Taman Cendana melalui pinjaman bayar balik kepada pegawai bertugas pada setiap minggu.Ternyata konsep yang diguna pakai ini telah mengubah corak kehidupan penduduk kearah kehidupan yang lebih baik.Ini salah satu cara yang diguna pakai bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.Amat jelas sekarang kebanyakan penduduk yang telah meminjam dalam kaedah ini telah berubah menjadi lebih baik dari kehidupan sebelumnya.Sudah tentulah apa yang lebih membanggakan adalah dapat membantu masyarakat menikmati suatu kehidupan yang lebih sempurna dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang mana akhirnya menjadi usahawan yang berjaya dimasa hadapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.