Archives

0

PROGRAM IHSAN RAMADAN & AIDILFITRI 2012

Unknown Selasa, 14 Ogos 2012

100_2047

PROGRAM Ihsan Ramadan & Aidilfitri 2012 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.Program anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang ini telah menyampaikan sebanyak 129 sumbangan kepada golongan ibu tunggal. anak yatim, orang kurang upaya dan fakir miskin.Majlis telah diadakan di Dewan Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.

0

SUMBANGAN KEBAJIKAN

100_2045

SUMBANGAN Kebajikan sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang telah disampaikan kepada 32 orang golongan kurang berkemampuan pendudukj Taman Cendana pada Sabtu 11hb Ogos 2012.Program ini dengan kerjasama Taska Kiara dan Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.Golongan penerima juga berbuka puasa bersama-sama pegawai-pegawai pentadbiran taskan tersebut.

0

SUMBANGAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PELABUHAN JOHOR BERHAD

100_1966

MAJLIS Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad kepada seramai 30 orang penduduk Taman Cendana telah diagihkan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan keluarga kurang kemampuan.Majlis yang diadakan pada Jumaat 10hb Ogos 2012 bertempat di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang Blok 43 Taman Cendana dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana Utama.

0

SUMBANGAN SEMARAK RAMADHAN 2012

Unknown Isnin, 6 Ogos 2012 ,

PROGRAM Sumbangan Semarak Ramadhan kali ke 2 2012 yang telah dijayakan pada Ahad 6hb Ogos 2012 bertempat di Taman Cendana yang telah disempurnakan oleh Tuan Sukirman bin Badri.Program anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang, Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Koperasi Pelabuhan Johor Berhad.

0

BUBUR LAMBUK KRT RUMAH PANGSA BLOK 42 HINGGA BLOK 55 TAMAN CENDANA

Unknown Isnin, 30 Julai 2012

PROGRAM Bubur Lambuk Anjuran KRT Rumah Pangsa Blok 42 Hingga Blok 55 Taman Cendana telah direncanakan pada 29hb Julai 2012 & 5hb Ogos 2012 ini untuk disumbangkan kepada semua ahli-ahli KRT dibawah naungannya.

0

PERASMIAN MINI KARNIVAL KEMAS PASIR GUDANG

Unknown Sabtu, 30 Jun 2012 , ,

ACARA Perasmian Mini Karnival KEMAS Parlimen Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di tapak Program Taman Cendana pada Sabtu 30hb Jun 2012.Sempena acara perasmian yang turut dihadiri oleh lebih 2 000 orang itu turut menyertakan pameran dari Agensi dan Jabatan Kerajaan serta turut diadakan pertandingan mewarna.Program yang dijalankan selama 2 hari pada 30hb Jun & 1hb Julai ini menampilkan kepelbagaian acara yang boleh disertai semua pengunjung.

0

PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL BELIA 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA

MAJLIS Perasmian Gelanggang Futsal Belia 1 Malaysia Taman Cendana telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang pada Sabtu 30hb Jun 2012.Dalam menyempurnakan acara pembukaan gelanggang Futsal tersebut telah diberi penghormatan kepada 2 pasukan veteran penduduk Taman Cendana dan pertandingan futsal bagi kategori 12 tahun dan kebawah pada hari tersebut.Pengurusan gelanggang tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Gerakan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Taman Cendana Utama.

0

AKTIVITI MALAM TAMAN CENDANA

Unknown Selasa, 26 Jun 2012 ,

GELANGGANG Futsal 1 Malaysia Kementerian Belia & Sukan Malaysia telah dibuka bersebelahan Semai Niaga Taman Cendana.Iannya diyakini dapat sedikit sebanyak membantu hasrat kerajaan untuk memastikan tahap kesihatan remaja setempat pada tahap yang memuaskan dan mengurangkan permasalahan sosial stempat.

0

MINI KARNIVAL KESIHATAN KEMAS PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown ,

KARNIVAL yang dijadual berlangsung pada 30hb Jun & 1hb Julai ini akan diakan di Tapak Meletak Kenderaan Semai Niaga Taman Cendana Pasir Gudang ini akan membawakan kepelbagaian aktiviti serta pameran jabatan kerajaan dalam konteks kesihatan pemakanan.Program ini yang djadual berlangsung selama 2 hari tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

0

PERJUMPAAN JAWATANKUASA PENDUDUK MPPG ZON CENDANA

MAJLIS Perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana yang berlangsung pada Isnin 25hb Jun 2012 di Dewan Taman Cendana bersama Ahli Majlis MPPG Zon Cendana Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman.Majlis turur dihadiri oleh Tuan Haji Ismail yang juga merupakan pegawai  khas MPPG kepada Ahli Majlis Zon Cendana.Dalam program sederhana tersebut juga Ahli Majlis turut menyampaikan pakaian marhaban kumpulan lelaki seramai 20 orang dan pakaian marhaban perempuan juga seramai 20 orang.Turut serta disampaikan baju korporat kepada 20 orang Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana.

0

MAJLIS PENYERAHAN PENDAHULUAN PEMBIAYAAN PTPTN

Unknown Sabtu, 23 Jun 2012

MAJLIS Penyerahan Pendahuluan Pembiayaan PTPTN kepada pelajar yang telah berjaya ke melanjutkan pelajaran.Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Politeknik Ibrahim Sultan pada Sabtu 23hb Jun 2012.

0

MAJLIS PERASMIAN UniKL MITEC

Unknown Khamis, 21 Jun 2012 ,

MAJLIS Perasmian UniKL MITEC disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie bin Apdal di Bandar Seri Alam pada Khamis 21hb Jun 2012.

0

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM ANAK ANGKAT UPM

Unknown Rabu, 20 Jun 2012 ,

MAJLIS Perasmian Penutupan Program Anak Angkat Remaja Aktif Sihat (PARAS) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, pada Ahad 27hb Mei 2012.Seramai 127 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah tinggal bersama keluarga angakat mereka di Taman Cendana selama 4 hari 3 malam mulai 24hb Mei hingga 27hb Mei 2012.

0

PROGRAM KELUARGA PRIHATIN BEBAS DADAH (FAMILY ON ALERT)

Unknown Isnin, 18 Jun 2012 ,

PROGRAM Keluarga Prihatin Bebas Dadah ( Family On Alert) ini telah diadakan pada Sabtu 2hb Jun 2012 di Kelas Blok 43 Taman Cendana yang dianjurkan oleh Agend\si Anti Dadah Daerah Johor Bahru dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Taman Cendana Utama serta Kawasan Rukun Tetangga.Program ini menjuruskan penglibatan keluarga dalam menangani permasalahan gejala penyalah gunaan dadah.

0

FUTSAL 1 MALAYSIA TAMAN CENDANA

GELANGGANG Futsal 1 Malaysia Taman Cendana, Kementerian Belia & Sukan Malaysia akan ditadbir oleh Gerakan Belia 4B (Malaysia) Cawangan Taman Cendana.Kemudahan riadah ini bertempat besebelahan Semai Niaga Taman Cendana.

0

SEPETANG BERSAMA ANA RAFALI DI TAMAN CENDANA

Unknown Khamis, 14 Jun 2012

PROGRAM ANAK ANGKAT REMAJA AKTIF SIHAT yang berlangsung selama 4 hari mulai 24 hingga 27hb Mei 2012 telah membawakan khas celebriti Ana Rafali kepada remaja setempat.Ianya bertujuan memberikan motivasi kepada remaja agar senantiasa berada dilandasan yang betul sebagai seorang remaja atau pelajar.Program santai ini memberi banyak impak kepada remaja serta orang ramai yang hadir.Lokasi program yang bertempat di Taman Cendana ini bertepatan dengan seruan kerajaan agar dapat menyatukan para remaja agar menjauhi penglibatan yang tidak bermoral.

0

SAMBUTAN HARI GURU 16HB MEI 2012 SKTC

Unknown Rabu, 16 Mei 2012 ,

SAMBUTAN Hari Guru pada 16hb MEI 2012 bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” yang telah dirasmikan oleh YB Datuk MM Samy selaku Wakil Rakyat DUN Permas di Sekolah Rendah Taman Cendana telah turut dihadiri semua murid-murid sekolah tersebut.

0

KONVOI BERMOTOR SEMPENA LARIAN SANGSAKA BANGSA NEGERI JOHOR 2012

Unknown Selasa, 1 Mei 2012 ,

KONVOI Bermotor Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang telah turut serta memeriahkan Larian Sangsaka Bangsa pada Selasa 1hb Mei 2012 yang telah dilancarkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Seramai lebih dari 100 pemuda bermotor dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah menjayakan konvoi tersebut.

0

PELANCARAN KONVOI BERMOTOR PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG

Unknown Ahad, 29 April 2012 ,

MAJLIS Pelancaran Pemuda Bemotor Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.Sekali lagi ribuan pemuda Pasir Gudang berhimpun untuk turut serta dalam aktiviti sihat.Yang mana dalam program tersebut juga telah mengedarkan bantuan berupa makanan asas kepada penerima dalam lawatan kebeberapa tempat yang dalam siri konvoi tersebut.

0

GENERASI Y GIATMARA NEGERI JOHOR DI TAMAN CENDANA

PROGRAM Generasi Y Giatmara Negeri Johor yang berkampung di Taman Cendana mulai 20, 21 & 22hb April 2012 mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat sekitar untuk turut serta dalam program tersebut yang menyediakan pelbagai acara sepanjang 3 hari berlangsung.Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.

0

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA FASA RAYUAN

MAJLIS Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia setelah rayuan semula apabila permohonan kali pertama gagal yang dibuat oleh penduduk rumah pangsa Taman Cendana.Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan rakyat.Ini jelas apabila seramai 143 orang penerima telah diluluskan permohonan mereka pada majlis penyerahan bantuan tersebut pada 23hb April 2012 di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang di Blok 43 Taman Cendana.Kegagalan permohonan kali pertama apabila terdapat kesilapan pengisian borang yang tidak lengkap untuk diproses dan tidak menyertakan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon.

0

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Unknown Isnin, 9 April 2012

PROGRAM Khidmat Masyarakat Pelajar-pelajar yang melibatkan IPTA/S, Politeknik serta Kolej Komuniti dari seluruh negara pada Ahad 8hb April 2012 sempena Program Orienteering di Pasir Gudang.Dalam program yang menjurus kepada gotong-royong selama 1 jam setengah bersama penduduk blok dan telah melibatkan sebanyak 49 buah blok di dalam kawasan perumahan rumah pangsa Taman Cendana disambut baik masyarakat setempat.Seramai hampir 1 ribu orang pelajar telah hadir bagi sama-sama menjayakan program tersebut.

0

STREET SOCCER YDP TURUN PADANG ZON CENDANA

Unknown Isnin, 2 April 2012 ,

PERTANDINGAN Street Soccer YDP Turun Padang  Zon Cendana pada 1hb April 2012, telah dirasmikan oleh Tuan Haji On bin Jabar selaku Yand Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.Sebanyak 2 kategori dipertandingkan dalam pertandingan tersebut bagi katergori 12 tahun kebawah dan kategori 13 tahun dan keatas.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Cendana.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai keseluruhan sebanyak RM 1 075 telah diberikan kepada pemenang-pemenang.Menarik bagi pertandingan kali ini, semua pasukan yang betanding wajib menamakan pasukan mereka dengan nama pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh negara.Ini bagi menyemaikan semangat sayangkan pemimpin yang telah banyak berjasa dalam kejayaan tanahair tercinta.

0

PROGRAM YDP TURUN PADANG ZON CENDANA

PROGRAM YDP Turun Padang Zon Cendana pada 1hb April 2012 di Tapak Pasar Malam Taman Cendana membwa lembaran baru bagi tahun 2012 yang mana dalam ucapan perasmian program tersebut, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tuan Haji On bin Jabar telah mengumumkan pembinaan sebuah lagi gelanggang futsal didalam Rumah Pangsa Taman Cendana bagi kegunaan masyarakat setempat.

Dalam program ini juga rombongan YDP telah dibawa untuk melawat ke tapak perniagaan Semai Niaga Taman Cendana dan lawatan kerumah keluarga daif penduduk.

0

PROGRAM SEMBANG-SEMBANG BERSAMA PEMIMPIN

Unknown Ahad, 1 April 2012

PROGRAM Sembang-sembang Bersama Pemimpin yang dijalankan pada 1hb April 2012, jam 3 petang bertempat di Tapak Pertandingan Street Soccer Taman Cendana membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk berjumpa secara terus kepada YB Datuk MM Samy selaku Wakil Rakyat ADUN Permas.Penglibatan semua pihak dalam perjumpaan ini membuktikan ketelusan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional dalam semua aspek dan hal.Tiada golongan yang dipinggirkan dalam menyatu padukan masyarakat agara sejajar dengan pembangunan insan dalam usaha bersama mendengar idea pelbagai golongan kearah pemangkin masyarakat 1 Malaysia.

0

BANTUAN MY-KASIH PENDUDUK TAMAN CENDANA

Unknown Rabu, 28 Mac 2012 ,

BANTUAN makanan asas kepada penerima My-Kasih kepada 77 orang penerima penduduk Taman Cendana pada Isnin 26hb Mac 2012.Program bantuan yang meliputi bantuan tuisyen percuma kepada anak-anak penerima bantuan, bantuan kemahiran dan juga insentif perkongsian maklumat bagi membantu keluarga berkenaan keluar dari kepompong kemiskinan.Bantuan makanan asas ini selama 2 tahun dengan berbelanja di Econsave pada 2 minggu sekali bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

0

PERDANA MENTERI DI STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG

Unknown Ahad, 11 Mac 2012

image

image

image

Lawatan Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Pasir Gudang sekaligus melancarkan Jelajah Skuad Sayang 1 Malaysia Wanita Barisan Nasional di Stadium Perbadanan Pasir Gudang pada Sabtu 10hb Mac 2012.

0

KONVOI LAWATAN PERDANA MENTERI KE PASIR GUDANG

Unknown

image

image

image

KONVOI sempena Perasmian Sekolah Agama Taman Molek pada Jumaat 9hb Mac 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

0

PENYERAHAN BAUCER BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) FASA KE 4

Unknown Rabu, 7 Mac 2012

image

WAKIL Rakyat ADUN Permas, YB Datuk MM Samy mengambil insentif hadir menyerahkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia kepada warga emas kerumah mereka pada Rabu 7hb Mac 2012.Ini membuktikan keprihatinan Kerajaan BN senantiasa mengambil berat permasalahan penduduk Taman Cendana.Penerima yang turut menerima kunjungan YB pada masa berkenaan adalah seorang ibu tunggal yang juga warga emas yang berumur 72 tahun.Seramai 245 orang penduduk Taman Cendana diagihkan BR1M pada fasa ke 4 ini.

0

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H / 2012

Unknown Rabu, 29 Februari 2012

image

SAMBUTAN Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Taman Cendana akan diadakan pada 4hb Mac 2012 bersamaan 11 Rabiulakhir 1433H di Masjid Taman Cendana.Sambutan akan dimulakan dengan acara perarakan yang direncana bermula seawal jam 7.30 pagi dan akan diikuti dengan berzanzi.Ceramah sambutan Maulidur Rasul s.a.w kali ini akan disampaikan oleh Syeikh Yahya bin Ahmad selaku Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Johor.Semua muslimin dan muslimin setempat serta sekitar dijemput hadir bagi meraikan sambutan.

0

LAWATAN KERJA MB KE PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown Isnin, 27 Februari 2012

image

image

TAKLIMAT sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Johor Y.A.B Dato’ Abd Ghani bin Othman ke Parlimen Pasir Gudang pada Isnin 27hb Feb 2012 di Ponderosa Golf.Lawatan Kerja MB ke Pasir Gudang selama 3 hari mulai 25hb Februari hingga 27hb Februari 2012 turut dihadir YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Datuk MM Samy selaku ADUN Permas, YB Tan Cher Puk selaku ADUN Johor Jaya, Exco-exco Kerajaan Negeri Johor, Pegawai-pegawai kerajaan Johor, pemimpin-pemimpin Pasir Gudang dan warga kerja parti komponen Barisan Nasional Pasir Gudang.

0

KONVOI BERMOTORSIKAL SEMPENA LAWATAN MB KE PARLIMEN PASIR GUDANG

Unknown Ahad, 26 Februari 2012

image

KONVOI bermotorsikal untuk sama-sama memeriahkan lawatan Menteri Besar Johor ke Parlimen Pasir Gudang pada Sabtu 25hb Februari 2012.

0

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2012

Unknown Khamis, 23 Februari 2012 ,

image

MAJLIS Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsan 2012 akan diadakan di Padang Awam Taman Seri Lambak Kluang Johor pada Ahad 26hb Februari 2012 jam 11.00 pagi.Jawatankuasa Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Bahru seramai 1o orang yang berada di Taman Cendana akan turut serta menghadiri majlis perasmian tersebut oleh YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.Dalam majlis tersebut juga Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Bahru akan menerima Vest daripada Menteri sebagai tanda skuad tersebut telah dilancarkan bagi menjayakan semua aktiviti dibawah Skuad 1 Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru.

0

PERTANDINGAN MEWARNA (KATEGORI KANAK-KANAK)

Unknown Selasa, 21 Februari 2012

image

PERTANDINGAN mewarna bagi kategori kanak-kanak bawah umur 6 tahun yang diadakan sempena perasmian penutup program Mesra Ilmu Siri Ke 3 pada 19hb Februari 2012.Semua peserta diberikan cenderahari dan hadiah bagi memberi semangat kepada peserta-peserta yang terdiri dari kanak-kanak.

0

SENAM ROBIK MESRA ILMU SIRI KE 3

Unknown

DSC07845

DSC07846

ACARA senamrobik bersama semua peserta, pelajar UKM dan penduduk bagi membuka tirai acara perasmian penutup Program Mesra Ilmu 1 Hati 1 Komuniti Taman Cendana bagi membawa mesej pentingkan penjagaan kesihatan.Program yang dijalankan pada 19hb Februari 2012 melibatkan peserta dari pelajar UPSR, PMR, SPM, pelajar UKM dan penduduk Taman Cendana.