Archives

0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown Selasa, 29 November 2011 ,

KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik 1 Malaysia

 

PADANG RAKYAT

 

Padang

1

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown ,

TABIKA KEMAS TAMAN CENDANA

Tabika

 

KELAS BIMBINGAN PELAJAR TAMAN CENDANA

 

Kelas tuisyen

0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown ,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

SKTC

 

SEKOLAH AGAMA TAMAN CENDANA

 

SK Agama

0

TAMAN CENDANA PROFILE

Unknown

Penempatan Taman Cendana mula diduduki pada pertengahan tahun 1997. Antara tujuan penempatan ini diwujudkan adalah Program Perumahan Rakyat, Perumahan Kos Rendah dan Penempatan Asrama Pekerja oleh Industri yang terdapat dalam kawasan Pasir Gudang yang sedang pesat sebagai kawasan Industri. Iannya berkonsepkan Rumah Pangsa 5 tingkat.Penempatan ini terdapat 49 buah blok yang terdiri dari 50 hingga 80 buah unit rumah pada setiap blok.

Terdapat 4 jenis penempatan yang ada di Taman Cendana seperti berikut.

i. Flat Sewa Kerajaan Johor - 20 Blok

ii. Badan Pengurusan Bersama - 9 Blok

iii. Blok Asrama Pekerja - 15 Blok

iv. MPPG - 2 Blok

vi. Asrama Pelajar Politeknik - 3 Blok

Jumlah keseluruhan bagi penempatan rumah pangsa terdapat 2,350 buah pintu yang keseluruhannya adalah penempatan untuk rakyat sebanyak 30 buah blok.

Penduduk Rumah Pangsa Taman Cendana terdiri dari pelbagai budaya dari serata negeri yang terdapat di Malaysia, namun lebih

separuh darinya adalah Warga Johor.Kebanyakan pemindahan

keluarga kepenempatan ini adalah terdiri dari pemindahan

setinggan sekitar Johor Bahru, pemindahan estet, PPRT dan

pekerja-pekerja kilang dikawasan Pasir Gudang.

 

PECAHAN KAUM DI PENEMPATAN RUMAH PANGSA

Graf 1

1. MELAYU                             - 9,127

2. CINA                                       - 18

3. INDIA                                    - 213

4. WARGA ASING                      - 67

5. LAIN-LAIN                              - 72

JUMLAH                               - 9,497

 

PECAHAN MENGIKUT PERINGKAT UMUR PENDUDUK

 

Picture2

1. UMUR 21 TAHUN DAN KEATAS                                 - 4,399

2. UMUR 13 - 20 TAHUN                                                 -3,029

3. UMUR 7 - 12 TAHUN                                                   -1,359

4. UMUR DIBAWAH 6 TAHUN                                          -712

 

PEKERJAAN PENDUDUK TAMAN CENDANA

Picture3

 

1. 68%                       PEKERJA SWASTA

2. 25%                       BEKERJA SENDIRI

3. 5%                         PELAJAR ASRAMA

4. 2%                         PENJAWAT AWAM

1. PENDAPATAN SEISI KELUARGA DIBAWAH RM3,000 - 18%

2. PENDAPATAN SEISI KELUARGA DIBAWAH RM1,500- 82%

0

TAKLIMAT PELAJAR UPSR 2012 TAMAN CENDANA

Taklimat 1

 

Taklimat untuk pelajar-pelajar UPSR 2012 kelas tuisyen Taman Cendana Parlimen pasir Gudang pada 28/11/2011 jam 7.30pm. Guru-guru kelas tuisyen menerangkan kepada semua pelajar-pelajar tentang matlamat dan visi untuk kelas tuisyen ini. AJK-AJK kelas tuisyen ini mengambil inisiatif untuk memulakan kelas tuisyen UPSR ini awal dari sebelumnya kerana sambutan yang ramai daripada ibu-bapa Taman Cendana yang ingin anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen ini.

 

Dengan kejayaan yang di kecapi bagi pelajar-pelajar UPSR 2011 baru-baru ini telah membuka mata sesetengah pihak bahawa program kelas tuisyen ini telah dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan tahap pembelajaran pelajar-pelajar sehingga memperolehi kejayaan pada tahun ini. AJK-AJK kelas tuisyen ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan daripada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan program kelas tuisyen ini…..

taklimat 2

 

lihat gambar lagi klik pautan di bawah.

Gambar taklimat Tuisyen UPSR 2012

1

TAMAN CENDANA ICT

Unknown Isnin, 28 November 2011 , ,

Selepas pelancaran Taman Cendana ICT oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Haji Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang pada Ogos 2011, AJK ICT Taman Cendana akan memulakan program pada bulan Disember ini. Program-program yang akan di lancarkan adalah program celik IT pada semua pelajar-pelajar Taman Cendana khasnya dan juga penduduk-penduduk Taman Cendana amnya.

Perasmian Taman Cendana ICT

Pelajar-pelajar dan penduduk Taman Cendana akan di maklumkan oleh AJK Taman Cendana ICT mengenai program yang akan di jalankan.

0

BELIA MAHIR 1 MALAYSIA

Unknown ,

MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM BELIA MAHIR 1 MALAYSIA & PROGRAM 3K BELIA BESTARI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011. telah di adakan pada 28/11/2011 bertempat di Hotel Prime City Kluang, Johor. Perasmian Penutup telah di sempurnakan oleh YB Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Belia Cemerlang

Terdapat banyak peluang-peluang latihan dan kemahiran yang di sediakan oleh pejabat belia dan sukan Malaysia.Program-program dan bantuan teknikal dan kewangan hendaklah di rujuk kepada pejabat belia dan sukan negeri.

Untuk lihat gambar-gambar program dia atas sila klik pautan di bawah

Photo Belia 1 Malaysia

0

AKTIVITI–AKTIVITI KOMUNITI

Unknown ,

Pada 27/11/2011 satu Majlis perkahwinan anak penduduk Taman Cendana telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Mmsamy.YB Dato MMsamy seorang wakil rakyat yang terkenal sebagai seorang wakil rakyat yang suka turun padang bersama-sama dengan masyarakat dalam apa jua majlis dan program. Keperihatinan beliau memang di sukai oleh semua masyarakat terutama penduduk Taman Cendana khasnya. Beliau bersama-sama pemimpin setempat sempat berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan penduduk yang menjayakan majlis perkahwinan tersebut.

101_0831

Semangat 1 Malaysia yang di tunjukan oleh YB Dato’ Mmsamy telah membuktikan bahawa semua lapisan masyarakat di dalam sesebuah komuniti boleh menjayakan misi Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib menjayakan konsep 1 Malaysia ini. Semua pihak harus berganding bahu dalam menjayakan konsep 1 Malaysia terutama bagi pemimpin akar umbi itu sendiri.

101_0874

 

Untuk melihat gambar-gambar menarik klik pautan di bawah.

Gambar-gambar aktiviti ini

1

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR UPSR 2011

Unknown Ahad, 27 November 2011 , ,
Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar UPSR 2011 telah berlangsung pada 26/11/2011 di Dewan Serbaguna Taman Cendana dan telah di rasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Ybhg Muhammad Khairi Bin A. Malik.

101_0738
Kesemua penerima Anugerah Cemerlang ini adalah daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen Taman Cendana Parlimen Pasir Gudang. Mereka ini adalah terdiri daripada pelajar yang mendapat 5A dan 4A. Seramai 9 orang pelajar yang mendapat 5A dengan cemerlang dan 7 orang pelajar yang mendapat 4A 1B. Kegigihan mereka ini terbalas dengan penghargaan yang telah di berikan oleh Ahli Parlimen kita Yang Berhormat Dato’ Sri Mohamed Khaled Bin Haji Nordin dan juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang selaku penaja utama program kelas tuisyen ini. Pihak MPPG di wakili oleh Puan Hajah Norizan Binti Mohamad ketua Jabatan Kemasyarakatan MPPG.

101_0780

INILAH BARISAN PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR-PELAJAR UPSR TAMAN CENDANA 2011… syabas pada mereka semua….
Dengan kejayaan program kelas tuisyen ini di harap lebih ramai lagi yang akan menghulurkan bantuan bagi menjayakan pada tahun hadapan. Pihak AJK Kelas Tuisyen Taman Cendana Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Seri Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Di Pertua majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang, Guru-guru tenaga pengajar dan lain-lain badan NGO yang terlibat menjayakan program ini..

Untuk melihat gambar-gambar Majlis ini sila klik pada pautan di bawah.
Gambar Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar UPSR 2011
0

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA SKUAD 1 MALAYSIA AADK

Unknown Sabtu, 26 November 2011 ,

Pembentangan kertas kerja AADK

 

Pembentangan kertas kerja Skuad 1 Malaysia Komunit perihatin untuk 2012 yang di bentangkan oleh AJK-AJK Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Bahru. Kertas kerja ini akan di laksanakan pada 2012 seperti yang telah di persetujui oleh pejabat AADK Johor Baharu. 3 kertas kerja telah di rangka dan di bentangkan dalam kursus ini dan setiap satu akan melibatkan komuniti-komuniti di kawasan Daerah Johor Bahru.

1

FACEBOOK FAN

Unknown Jumaat, 25 November 2011 ,

Taman Cendana Facebook telah mendapat sambutan yang hangat sehingga telah mencecah ahli melebihi 5000 orang. Pihak admin Facebook Taman Cendana mengucapkan terima kasih atas sokongan yang di berikan kepada Facebook Taman Cendana.

AJK ICT Taman Cendana telah membuka akaun kedua Facebook Taman Cendana atas permintaan ramai. Sila lawati Taman Cendana Pasir Gudang II dan menjadi peminat kami…

0

SKUAD 1 MALAYSIA AADK DAERAH JOHOR BAHARU

Unknown ,

Skuad 1 Malaysia

 

Skuad 1 Malaysia AADK Daerah Johor Baharu telah terbentuk dengan rasmi setelah tamat Kursus Latihan Kejurulatihan (TOT) pada 24/11/2011. Skuad 1 Malaysia ini akan mendukung visi AADK dan Kerajaan Malaysia dalam melaksanankan program-program komuniti perihatin dan membantu masyarakat dalam membasmi penyalahaan gunaan dadah.

 

Syabas barisan kepimpinan Skuad 1 Malaysia Daerah Johor Baharu.

Gambar Kursus TOT

0

KURSUS LATIHAN KEJURULATIHAN (TOT) AADK

Unknown ,

101_0673

 

Kursus Latihan Kejurulatihan (TOT) Komuniti Perihatin yang di anjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru telah tamat dengan jayanya pada 24/11/2011 bertempat di Hotel Grand Paragon Johor bahru. Dengan tamatnya latihan ini semua perserta telah di bekal kan ilmu dan latihan mengatasi permasalahan najis dadah. Semua peserta telah paham mengenai transformasi yang di lakukan oleh AADK dan matlamat AADK dalam membantu masyarakat mengatasi masalah najis dadah. Semua peserta telah di lantik sebagai SKUAD 1 MALAYSIA AADK DAERAH JOHOR BAHARU.

 

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA……

0

DAULAT TUANKU

Unknown Isnin, 21 November 2011

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Merafak Sembah Menjunjung Kasih Dan Setinggi Tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 22 November 2011 bersamaan 26 Zulhijjah 1432 Hijrah.

 

Semuga Johor Darul Takzim akan terus makmur dan sejahtera di bawah naungan Tuanku.

0

MALAYSIA MENANG BOLA SEPAK

Unknown

Kemenangan skuad bola sepak negara di atas Malaysia menunjukkan bahawa setiap ke inginan dengan usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Walaupun dalam situasi yang tidak memihak kepada skuad Malaysia, semangat dan jati diri yang kuat segalanya adalah berkemungkinan.

Semangat seperti ini harus ada di setiap penduduk dan penyewa rumah pangsa Taman Cendana pasir Gudang. Walaupun hidup di dalam kekurangan tetapi dengan semangat dan azam yang tinggi kita semua boleh mencapai segala-galanya.

 

Tahniah Buat Skuad Bola Sepak Malaysia (Harimau Malaya)

mas_1-0

0

MAJLIS PENYAMPAIAN PERUNTUKAN

Unknown

Sekolah Kebangsaan Taman Cendana telah menerima peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada YB Dato’ MMSamy atas kejayaan yang di capai dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Warga SKTC amat berbangga dan berbesar hati dan akan terus berusaha untuk kejayaan akan datang.

 

YB sammy

Ini adalah barisan pemimpin yang berusaha gigih dalam memajukan setiap program pembangunan modal insan di Taman Cendana.

TAHNIAH…

0

Tempat Menunggu Bas Yang Baru

Unknown

TERIMA KASIH MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG)
Satu lagi kemudahan pondok menunggu bas di Taman Cendana, yang terletak di Jalan Pesiaran Cendana (dihadapan Dewan Taman Cendana)

 

Bus Station

0

Majlis Anugerah cemerlang UPS

Unknown ,

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID UPSR 2011 KELAS BIMBINGAN PELAJAR PARLIMEN PASIR GUDANG (TAMAN CENDANA) DAN TAKLIMAT PELAJAR TUISYEN KOMUNITI TAMAN CENDANA SESSI 2012 ::

 

Tarikh : Sabtu 26hb November 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Taman Cendana Pasir Gudang.

 

Note.. Bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2011. Pihak Kelas Bimbingan Pelajar Taman Cendana Parlimen Pasir Gudang merasa bangga atas pencapaian pelajar-pelajar ini.. Program ini akan di teruskan bagi tahun depan untuk membantu pelajar-pelajar yang tinggal di Taman Cendana ini. Terima Kasih atas sokongan dari pihak MPPG, Pejabat Parlimen Pasir Gudang, AJK-AJK, Guru-guru yang membimbing pelajar-pelajar ini, sektor swasta dan masyarakat Taman Cendana Pasir Gudang..

0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown Ahad, 20 November 2011

RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA
0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown

MASJID JAMEK TAMAN CENDANA PASIR GUDANG
0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown

SEMAI NIAGA MPPG DI PASIR GUDANG.
0

KEMUDAHAN ASAS TAMAN CENDANA

Unknown

DEWAN SERBAGUNA TAMAN CENDANA PASIR GUDANG