You Are Reading

0

TAKLIMAT & PENDAFTARAN TUISYEN PERCUMA PMR DAN SPM KOMUNITI TAMAN CENDANA SESSI 2012

Unknown Khamis, 2 Februari 2012

DSC07352

DSC07339

TAKLIMAT yang diprogramkan pada 2hb Februari 2012 ini telah dijalankan di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang (Blok 43 Taman Cendana) ini telah melibatkan seramai 87 orang anak penduduk Taman Cendana yang akan mengambil peperiksaan utama pada tahun ini.Pada program ini juga telah menjemput 3 orang penceramah motivasi iaitu Encik Moeinuddin bin Haji Zakaria selaku Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Saudara Mohd Farid bin Haji Abd Razak selaku Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Pasir Gudang dan Tuan Syed Zainal Abidin bin Syed Abd Rahman.

Keprihatinan Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pejabat Parlimen Pasir Gudang, Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Cendana 4 dan UMNO Cawangan Taman Cendana 4 Bahagian Pasir Gudang ini membuktikan perkara peningkatan akademi serta sahsiah pelajar dipenempatan Rumah Pangsa Taman Cendana ini menjadi perkara pokok dalam memastikan komuniti mendapat pembelajaran yang sempurna serta penumpuan kepada pembangunan modal insan serta pembangunan intelektual menjadi perkara utama agenda dalam menjadi pemangkin masyarakat yang diyakini boleh mengharungi arus kepesatan menyiapkan diri agar selari dengan cabaran dimasa hadapan.

Pelan tindakan yang diwujudkan oleh pengajur program ini telah mula menampakkan hasil yang amat memberangsangkan dengan kesepakatan bagi menaik taraf mutu pendidikan dikalangan anak penduduk dipenempatan ini.Pengaturan strategi yang mampan telah diatur bagi memberi peluang sama rata anak-anak penduduk dalam mengharungi kepesatan penimbaan ilmu.Apa yang diharapkan oleh Penyelaras Kelas ini Saudara Shamsul Bahrin bin Ibrahim untuk meghasilkan ‘produk'-produk’ pelajar cemerlang bagi mengisi ruang yang disediakan oleh Pemimpin NO 1 Pasir Gudang, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin  Haji Nordin di Bandar Seri Alam yang telah diwartakan bandar hub pendidikan.Penyediaan Universiti, Maktab Rendah Sains Mara serta Kolej yang dibawakan kepimpinan besar tersebut patut diambil peluang oleh anak-anak penduduk Taman Cendana dalam mengisi ruang dalam mendalami ilmu bagi ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ serta persaingan yang sihat dalam perlumbaan mengejar mencapai ilmu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.