You Are Reading

1

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR UPSR 2011

Unknown Ahad, 27 November 2011 , ,
Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar UPSR 2011 telah berlangsung pada 26/11/2011 di Dewan Serbaguna Taman Cendana dan telah di rasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Ybhg Muhammad Khairi Bin A. Malik.

101_0738
Kesemua penerima Anugerah Cemerlang ini adalah daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tuisyen Taman Cendana Parlimen Pasir Gudang. Mereka ini adalah terdiri daripada pelajar yang mendapat 5A dan 4A. Seramai 9 orang pelajar yang mendapat 5A dengan cemerlang dan 7 orang pelajar yang mendapat 4A 1B. Kegigihan mereka ini terbalas dengan penghargaan yang telah di berikan oleh Ahli Parlimen kita Yang Berhormat Dato’ Sri Mohamed Khaled Bin Haji Nordin dan juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang selaku penaja utama program kelas tuisyen ini. Pihak MPPG di wakili oleh Puan Hajah Norizan Binti Mohamad ketua Jabatan Kemasyarakatan MPPG.

101_0780

INILAH BARISAN PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR-PELAJAR UPSR TAMAN CENDANA 2011… syabas pada mereka semua….
Dengan kejayaan program kelas tuisyen ini di harap lebih ramai lagi yang akan menghulurkan bantuan bagi menjayakan pada tahun hadapan. Pihak AJK Kelas Tuisyen Taman Cendana Pasir Gudang mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Seri Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang, Yang Di Pertua majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Gudang, Guru-guru tenaga pengajar dan lain-lain badan NGO yang terlibat menjayakan program ini..

Untuk melihat gambar-gambar Majlis ini sila klik pada pautan di bawah.
Gambar Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar UPSR 2011

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah kepada murid UPSR Tuisyen Komuniti Taman Cendana Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang yang telah berjaya mendapat 5A (9 orang), 4A 1B (7 orang), 3A 2B (11 orang) dan 2A 3B (13 orang).. Tiada apa yang lebih membanggakan apabila kalian berjaya menaik taraf keputusan pendidikan kalian sendiri.. Sesuai dengan kehendak perjalanan Program Pembangunan Modal Insan yang sedang dalam peringkat perintis mulai Januari 2011..Semoga kalian terus maju dalam semua keadaan yang diceburi agar suatu hari nanti mampu mengambil alih segala perjuangan.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.