You Are Reading

0

MPPG wujud warden trafik - Sinar Harian

Unknown Khamis, 8 Disember 2011 ,
MPPG wujud warden trafik - Melaka & NS - Sinar Harian

Tahniah MPPG kerana melangkah setapak lagi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan mewujudkan warden trafik. Masalah kesesakan jalan raya di waktu puncak di kawasan Pasir Gudang telah lama di hadapi oleh semua penduduk. Dengan tertubuhnya pasukan warden trafik ini dapat melancar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang amat meruncing di kawasan Pasir Gudang ini. Tahniah kepada YDP MPPG yang mengambil sikap proaktif dalam menangani masalah penduduk setempat.

Masalah tiada lampu isyarat di beberapa lokasi di Pasir Gudang juga adalah salah satu masalah yang perlu di ambil perhatian oleh MPPG. Satu lokasi yang paling kronik adalah di persimpangan Taman Cendana yang telah berlaku banyak kemalangan di sebabkan oleh tiada lampu isyarat di lokasi tersebut. Masalah ini telah di utarakan oleh pemimpin masyarakat kepada MPPG sebelum ini dan masih belum mendapat perhatian. Kami berharap YDP MPPG akan mengambil kira tentang bahaya nya persimpangan yang tiada lampu isyarat ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.