You Are Reading

0

SEMBANG-SEMBANG POLITIK

Unknown Isnin, 5 Disember 2011

Setelah tamat perhimpunan Agung UMNO, banyak mandat dan amanah yang telah di sampaikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden parti kepada semua ahli UMNO. Transformasi yang berlaku dalam UMNO dan usul-usul dari perwakilan telah di bentangkan kepada ahli-ahli UMNO.

Setelah itu semua ketua-ketua dan perwakilan UMNO akan pulang kekawasan masing-masing membawa amanat itu dan tidak terkecuali ketua-ketua UMNO Taman Cendana. Ketua-ketua UMNO Taman Cendana harus sedar banyak kepincangan yang telah mereka lakukan dalam menyatupadukan orang melayu dan ahli-ahli mereka sendiri. Mereka harus sedar yang mereka tidak melakukan tugas yang sebenarnya dalam masyarakat Taman Cendana itu sendiri. Berbalah sesama sendiri, Iri hati, memfitnah sesama ahli dan tidak menanamkan semangat cinta pada UMNO itu sendiri. Ada sesetengah Ketua UMNO Taman Cendana pernah bersuara akan bertukar baju kalau niat dan hajatnya tidak kesampaian dalam UMNO.

Pejabat bahagian harus sedar tentang perkara ini dan jangan terlalu menurut saja apa kata cawangan tanpa merujuk kepada ahli-ahli akar umbi UMNO, merujuk kepada pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain dalam menentukan sesuatu isu.

 

RENUNG-RENUNGKAN LAHHHH……….

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.