You Are Reading

0

Pas implemen Islam jika PR menang - Politik - Sinar Harian

Unknown Khamis, 8 Disember 2011
Pas implemen Islam jika PR menang - Politik - Sinar Harian

Tidak ada seorang Islam yang tulin akan menolak tentang undang-undang Islam untuk di laksanakan. Tidak ada seorang Islam yang jati yang akan menolak tentang syiar Islam. Mengapa PAS boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak undang-undang Islam. Menyokong orang yang bukan Islam mempersendakan ayat-ayat Islam dalam ceramah umum. Apa dah jadi dengan PAS sekarang ini? Sanggup membiarkan agama Islam di permainkan demi untuk mencapai hasrat yang kononnya murni dalam membentuk kerajaan Islam. Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk memurtadkan orang Islam yang lain adalah tidak boleh di terima sama sekali dalam golongan Islam muda sekarang.

Tanpa PAS Malaysia boleh menjadi negara Islam yang agung dan megah di mata dunia. melahirkan ilmuan-ilmuan Islam dan mendidik generasi-generasi Islam yang baik sekarang. Pencapaian yang Malaysia kecapi sekarang adalah di sebabkan oleh Malaysia adalah negara Islam yang di Iktiraf oleh negara-negara barat. Kejatuhan ekonomi, bencana alam dan malapetaka yang yang melanda di negara-negara barat tidak terkena kepada Malaysia di sebabkan Malaysia adalah negara Islam yang di lindungi oleh Allah S.W.A.T. Rakyat Malaysia yang beragama Islam selalu mendoakan tentang kesejahteraan, kemakmuran, keamanan sehingga ada rakyat barat yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam yang Makmur dan Aman damai.

BUKA MATA DAN MINDA....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.