You Are Reading

0

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Unknown Khamis, 12 Januari 2012
image
BANTUAN Rakyat 1 Malaysia (Pemberian Wang Rakyat RM500) bagi Siri Pertama Penduduk Rumah Pangsa Taman Cendana akan diberikan terus kepada penerima yang telah dikenal pasti dan diluluskan oleh LHDN pada Ahad 15hb Januari 2012.Mulai jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari di Dewan Taman Cendana.Program serahan bantuan ini merupakan salah satu usaha Pejabat Ahli Parlimen Pasir Gudang, melalui kepimpinan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin bagi membantu penempatan disini dipermudahkan yang mana segala urusan penerimaan baucer dan pertukaran baucer kepada wang tunai boleh dilakukan pada masa dan hari yang sama dengan kerjasama CIMB Bank.
Pendekatan sebegini merupakan suatu langkah YB Dato’Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang untuk memberi suatu kaedah yang terbaik dalam suatu penempatan berpendapatan rendah dan sederhana disini.Dalam program tersebut itu juga nanti akan dihadiri sendiri YB Dato’  Seri bertujuan meninjau perjalanan program agar iannya dapat berjalan lancar dan mampu memuaskan hati penerima yang terdiri dari penduduk Taman Cendana itu nanti tanpa sebarang permasalahan yang timbul.
Penduduk Taman Cendana  amat  sinonim dengan YB Dato’ Seri yang ditemui  oleh Jawatankuasa Penduduk Taman Cendana ketika penyerahan jemputan pada program  tersebut melahirkan rasa perasaan terharu dengan kepimpinan YB Dato’ Seri selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang yang senantiasa mengambil berat dengan mempermudahkan urusan penerimaan bantuan tersebut.Ini membuktikan kepimpinan YB Dato’ Seri peka dan prihatin dengan apa yang dihajatkan oleh rakyat.Sudah pastilah pilihan rakyat di Taman Cendana adalah kepimpinan kepada YB Dato’ Seri yang menjadi lambang kebanggaan penduduk disini.Sikap suka merendah diri dan mempunyai ketegasan dalam menagani permasalahan masyarakat amat dikagumi.Ini membuktikan hubungan dua hala diantara rakyat dan pemimpin amat akrab sehinggakan tiada ruang bagi pembangkang kerajaan mencelah dan cuba memberi bayangan apatah lagi gambaran negatif kepada pucuk pimpinan YB Dato’ Seri dipenempatan  Rumah Pangsa Taman Cendana.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.