You Are Reading

0

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YDP MPPG DAN JAWATANKUASA PENDUDUK MPPG ZON CENDANA

Unknown Rabu, 18 Januari 2012
image
MAJLIS Suaikenal & Ramah Mesra bersama Ybhg Tuan Haji Onn bin Jabar , Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah dianjurkan Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana berlangsung meriah di Dewan Taman Cendana.Majlis yang turut dihadiri Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Ketua-ketua Jabatan MPPG, Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan dan Jawatankuasa Penduduk Taman Cendana ini lebih merupakan suatu program santai yang mempersembahkan persembahan nyanyian dan kebudayaan.
Jamuan makan malam ini turut memperdengarkan dendangan lagu oleh Yang Dipertua, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana, Ketua-ketua Jabatan MPPG dan Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Cendana.Cabutan bertuah juga telah disediakan bagi memberi penghargaan kepada yang hadir dalam majlis tersebut.Kehadiran tetamu jemputan seramai hampir 100 orang pada majlis tersebut dilihat suatu majlis penghargaan penyatuan Jawatankuasa Penduduk setempat dan hubungan baik dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.