You Are Reading

0

HOSPITAL AWAM PASIR GUDANG

Unknown Selasa, 31 Januari 2012

image

 

SEBUAH hospital baru bakal dibina di dalam kawasan Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk setempat.Projek bernilai RM150 juta untuk fasa pertama itu dijangka dibangunkan di Jalan Gunung, dengan kapasiti 100 katil pada peringkat permulaan dan akan terus berkembang mengikut populasi penduduk di kawasan Pasir Gudang.

“Cadangan ini dibuat oleh Menteri Kesihatan selepas membuat lawatan tertutup di Seri Alam, berdasarkan kepada keadaan dan populasi penduduk yang semakin bertambah."Bagaimanapun, projek ini masih di peringkat awal dan kertas kerja mengenainya sedang disiapkan untuk dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.