You Are Reading

0

TAKLIMAT & PENDAFTARAN BANTUAN MY KASIH SESSI 2012

Unknown Rabu, 18 Januari 2012
image
Pendaftaran bantuan sumbangan MY Kasih Sessi 2012 telah dijalankan pada 18hb Januari 2012 bertempat di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang ( Blok 43 Taman Cendana).Seramai 63 orang penduduk Taman Cendana yang berpendapatan rendah telah didaftarkan dalam program tersebut,yang mana iannya dibuka pada semua kaum yang berada dipenempatan rumah pangsa ini.Antara syarat yang dipertimbangkan untuk permohonan mengikuti program ini adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia, berpendapatan seisi keluarga yang rendah dan mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah.
Antara matlamat program bantuan ini adalah untuk meringankan beban tanggungan.Jika kelulusan telah diterima, pemohon layak untuk menerima bantuan berbelanja berupa makanan asas sebanyak RM 80 setiap bulan dan akan berterusan selama 2 tahun.Anak penerima bantuan ini akan diberi tuisyen secara percuma secara berterusan sehingga mereka meninggalkan bangku sekolah.Ketua keluarga dan tanggungan akan diberi latihan mengikuti kemahiran dari masa kesemasa untuk membantu mereka keluar dari permasalahan kekurangan pendapatan seisi keluarga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.