You Are Reading

0

PROGRAM MESRA 1 HATI 1 KOMUNITI TAMAN CENDANA SIRI 2012

Unknown Rabu, 25 Januari 2012

image

PROGRAM yang akan berlangsung pada 17hb, 18hb & 19hb Februari 2012 akan berlangsung di Perumahan Rumah Pangsa Taman Cendana.Iannya mensasarkan pelajar PMR dan SPM Sessi 2012, yang mana pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan hadir berkampung di Taman Cendana untuk memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada pelajar terbabit yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.Program yang masuk tahun ke 3 ini akan mengekalkan konsep taman angkat yang telah direncanakan.Pelajar-pelajar UKM seramai 105 orang akan tinggal bersama keluarga angkatnya yang juga merupakan komuniti Taman Cendana.

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang akan merasmikan program penutup ini pada 19hb Februari 2012.Pelbagai acara pendidikan, motivasi, kaunseling, pemeriksaan kesihatan, sukan komuniti dan khidmat masyarakat akan di bawakan khusus bagi penempatan ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.