You Are Reading

0

MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

Unknown Isnin, 16 Januari 2012
image
image
Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Fasa 1 untuk Penduduk Taman Cendnana telah berjalan lancar pada 15hb Januari 2011 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini yang melibatkan seramai 321 orang penduduk telah berlangsung di Dewan Taman Cendana. Turut hadir meraikan adalah YB Datuk MM Samy (Wakil Rakyat ADUN Permas) dan Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman (Ahli Majlis MPPG Zon Cendana) serta Jawatankuasa Penduduk Taman Cendana.
CIMB Bank turut dihadirkan dalam majlis penyerahan baucer tersebut bagi memudahkan penerima menukar terus baucer kepada wang tunai.Semua penerima yang hadir amat berterima kasih diatas insentif yang dijalankan kerana iannya benar-benar membuktikan keprihatinan Ahli Parlimen Pasir Gudang terhadap penempatan rumah pangsa ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.