You Are Reading

0

KELAS FEQAH WANITA BELIA 4B TAMAN CENDANA

Unknown Rabu, 11 Januari 2012

image

KELAS Feqah Wanita Islam Belia 4B Taman Cendana Utama telah mula diaktifkan pada awal 5hb Mei 2007.Iannya masih lagi bergerak aktif sehinggalah rencana ini ditulis.Dan Alhamdulillah iannya masih lagi bergerak dengan seiring perkembangan pembangunan pembentukan sahsiah bagi Komuniti Taman Cendana.Sentuhan tenaga pengajar Ustazah Hajah Siti Zaharah bte Mahfok yang merupakan pegawai dari Yayasan Pembangunan Keluarga Daerah Johor Bahru masih lagi menjadi tunggak guru pengajar kelas ini yang senantiasa menjadi kekuatan penubuhan kelas ini.Sambutan masyarakat sejak awal penubuhan kelas ini masih lagi kekal walaupun iannya sudah masuk tahun yang ke 5 pada tahun ini.

Hasil perbincangan penubuhannya diantara pengasasnya Saudara Shamsul Bahrin bin Ibrahim dan Ustazah Hajah Zaharah bte Mahfok diberkati Allah swt sehingga kini yang telah menjadi kumpulan yang disegani dikalangan masyarakat setempat.Matlamat asal penubuhannya yang bertujuan memberi pendidikan agama dikalangan masyarakat diperumahan Rumah Pangsa ini terus menjadi suatu matlamat yang akan terus dipelihara agar tidak lari dari objektif penubuhannya.Kelas yang pada dijalankan setiap hari Selasa pagi diantara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari ini masih lagi di Kelas Bimbingan Pelajar Parlimen Pasir Gudang di Blok 43 Taman Cendana.Namun pada pertengahan bulan Mac 2010 iannya diselangkan di  Surau Blok 41 Taman Cendana atas permintaan peserta yang telah bertambah dari masa ke semasa.

Peserta kelas ini yang terdiri dari golongan ibu-ibu dalam penempatan Rumah Pangsa ini menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menimba Ilmu Agama yang telah menunjukkan suatu ketrampilan dalam pembentukan sahsiah keluarga.Pada awal penubuhannya iannya hanya merupakan pembelajaran dalam kelas sahaja.Namun kreativiti peserta kelas ini, yang telah mempelbagaikan ilmu agama yang ditimba dan telah diterjemahkan dalam bentuk praktikal bagi membantu masyarakat setempat.Antara kekuatan dalam peserta kelas ini adalah kumpulan berzanzi, marhaban serta kumpulan yassin wanita.

Peserta kelas ini akan dijemput untuk meraikan majlis dalam masyarakat setempat mahupun diluar penempatan mereka.Sehinggakan peserta kumpulan ini merupakan kumpulan wanita yang akan dijemput untuk turut serta untuk mengemudi bacaan yassin atau tahlil, kematian yang melibatkan kaum wanita, kumpulan berzanzi pada majlis keagamaan ataupun majlis perkahwinan, jemputan marhaban dan penyertaan nasyid serta kendarat.

Besarlah harapan akan iannya akan terus dapat menyumbangkan dalam pembentukan sahsiah keluarga dipenempatan ini agar terus dapat berbakti dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.